• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf Masih Tinggi

oleh
11/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai berpangkalan di Jolo, Sulu terhadap kepulauan di timur Sabah masih tinggi meskipun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diwujudkan, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata serangan kumpulan itu boleh berlaku pada setiap hari dan pada bila-bila masa sahaja.

“Oleh yang demikian, ESSCom akan ada penyusunan dan penstrukturan semula (dari segi) penempatan pasukan keselamatan negara yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Antaranya penstrukturan semula melibatkan struktur kawalan kawasan yang mana berlaku pertukaran pos-pos pengawal yang telah diambil alih oleh PDRM dan ATM akan dikemaskinikan,” katanya dalam temu ramah eksklusif dengan Bernama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Abdul Hamid berkata proses penstrukturan semula itu sedang berjalan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ia adalah untuk memantapkan lagi ESSCom.

Beliau berkata apa jua ancaman di kepulauan timur Sabah sentiasa ada setiap hari.

“Ini kerana Sabah tersangat dekat dengan Filipina, sekiranya jarak Semenanjung Malaysia dengan Sumatera boleh tahanlah, tapi di Sabah hanya mengambil masa kira-kira 15 minit menaiki bot laju sudah boleh masuk ke perairan Filipina,” katanya.

Abdul Hamid berkata ia cukup senang untuk kumpulan Abu Sayyaf melintasi sempadan perairan negara ini dengan begitu mudah sekali.

“Bagaimanapun, kerajaan Filipina sebelum ini telah mewujudkan satu bentuk kawalan keselamatan menyeluruh di Kepulauan Jolo yang berdekatan dengan Kunak serta Lahad Datu, Sabah dan dengan langkah itu barulah ia melegakan kami,” katanya.

Beliau berkata, ESSCom perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang ancaman yang diterima dan tidak leka ketika menjalankan penugasan operasi.

Pada 6 Mei lepas, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengumumkan bahawa ESSCom akan distruktur semula bagi mempertingkatkan lagi keselamatan di pantai timur negeri berkenaan.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah ESSCom.

Tags: Abdul Hamid Badorabu sayyafEsscom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

Next Post

93 Peratus Kes Keracunan Berlaku Di Rumah

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

Saya Tidak Akan Berpaling Tadah Terhadap Tun Mahathir – Abdul Hamid Bador

19/10/2022
0

Gerakan Tanah Air (GTA) mahu mencalonkan Tan Sri Abdul Hamid Bador bertanding di Parlimen Rembau bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ikuti...

Next Post

93 Peratus Kes Keracunan Berlaku Di Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd