• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Aku Hilang Suami, 3 Anak” – Som Yai

oleh
15/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – “Sedih kehilangan suami belum habis, anak pula meninggal,” luah wanita Orang Asli, Som Yai, 50-an yang kehilangan suami dan tiga anaknya dalam tempoh singkat susulan wabak misteri di Kuala Koh.

Sebak menceritakan nasibnya, Som amat pilu melihat tubuh suaminya, Hamdan Keladi menjadi kurus kering sebelum meninggal dunia di depan matanya.

“Dia (suami) kurus, badannya panas dan muntah-muntah serta sesak nafas. Aku amat sedih,” katanya yang menahan air mata ketika ditemui pemberita di Felda Aring 10, di sini hari ini.

Belum sempat wanita bertubuh kecil itu mengeringkan air mata meratap kematian suami, dia diuji sekali lagi seminggu kemudian apabila dua anaknya, jatuh sakit dengan simptom serupa sebelum meninggal dunia pada hari yang sama.

Anaknya, Laila Hamdan yang berusia 30-an meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi diikuti Romi Hamdan, 29, pada 4 petang.

Empat hari kemudian, nasib sama menimpa seorang lagi anaknya, Din, 27.

“Sehingga hari ini, aku masih bersedih dan terbayang penderitaan yang dialami suami dan anak-anak. Kami sudah cuba macam-macam cara.

“Buntu dan tak mampu nak buat apa-apa lagi, mereka (suami dan anak-anak) terbaring menahan sakit, tak makan tak minum,” kata Som yang kini tinggal bersama empat lagi anaknya.

Hamdan dan tiga anaknya adalah antara 14 Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak misteri yang melanda perkampungan mereka sejak Mei lepas.

Hamdan merupakan Ketua Kampung bagi masyarakat Batek di situ sejak lima tahun lepas.

Bercerita lanjut, Som memberitahu seorang lagi anaknya Asiah, 20-an turut dijangkiti penyakit sama.

Bagaimanapun, dia bersyukur Asiah sempat menerima rawatan awal di hospital.

“Asiah ditahan di wad selama beberapa hari dan baru sahaja dibenarkan keluar,” katanya.

Sementara itu, Lan, 20, adik kepada Asiah berkata, dia berada di dalam hutan mencari hasil hutan dan madu lebah ketika musibah itu menimpa keluarganya.

“Ketika saya sampai di kampung, bukan hanya ayah yang mati, tapi dua abang dan kakak juga sudah mati. Seorang lagi kakak masuk wad.

“Kami harap sangat dapat tahu secepat mungkin apa punca sebenar keluarga kami terkena penyakit itu,” katanya.

Tags: Kuala kohOrang asli batekwabak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Hepatitis ‘Serang’ Kanak-Kanak Di Eropah

21/04/2022
0

STOCKHOLM, SWEDEN – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) mengumumkan bahawa sebilangan kes hepatitis akut menyerang kanak-kanak di rantau...

Siang Malam Perangi Wabak Covid-19

19/01/2021
0

BATU PAHAT - Setiap kali berhadapan dengan kes positif Covid-19, antara perkara paling mencabar ialah mengesan kontak rapat pesakit yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd