• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Kekhilafan ‘Abang Botak’ Dihukum Penjara

oleh
01/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa pihak mendakwa terdapat kekhilafan pada keputusan Majistret Nur Shahira Abdul Salim dalam mengenakan hukuman penjara 12 bulan ke atas pembuli jalan raya, Danial Abdullah Tan.

Menurut Setiausaha DAPSY Damansara, Farhan Haziq Mohamed, pihaknya sedar Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dikenakan ke atas lelaki yang lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ itu memperuntukkan hukuman penjara minima satu tahun.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya merasakan lebih sesuai sekiranya tertuduh dikenakan hukuman denda, bukan penjara.

“Ini mengambil kira beberapa faktor mitigasi termasuk pengakuan salah dan keinsafan tertuduh.

“Oleh itu, kami berharap tertuduh akan mengemukakan rayuan atau memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula hukuman yang dikenakan ke atasnya,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Media semalam melaporkan seorang pembantu stor yang bergelar ‘abang botak’ oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta.

Majistret, Nur Shahira membuat keputusan itu terhadap Danial selepas menerima pengakuan salah tertuduh dan hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh tangkap iaitu Khamis.

Danial, 31, mengaku melakukan khianat terhadap pemandu kereta Produa Alza milik Siew Chean Voon, 58, dengan mengetuk kereta itu menggunakan topi keledar.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang kira-kira pukul 5.30 petang, Selasa lalu.

Menurut Farhan Haziq yang juga Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tertuduh juga mempunyai pilihan untuk memohon supaya hukuman penjaranya digantung sementara menunggu rayuan atau semakan Mahkamah Tinggi.

“Dilaporkan tertuduh ada melantik peguam dan kami yakin peguam tertuduh akan melakukan sebaiknya untuk tertuduh,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan berkata, walaupun ada berpendapat hukuman penjara agak setimpal, ia sebenarnya bukan penyelesaian sesuai bagi setiap individu yang melalui sistem keadilan jenayah negara.

Malah, katanya, dengan meletakkan pesalah dalam penjara, akan menjarakkannya dengan masyarakat dan juga boleh membawa impak yang negatif kepada pesalah.

Oleh itu, ujar beliau, kerajaan wajar meluaskan pemakaian hukuman khidmat masyarakat melangkaui peruntukan Seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah sahaja.

“Untuk makluman, Seksyen 293 membenarkan Mahkamah mengenakan hukuman khidmat masyarakat kepada ‘pesalah muda’, iaitu mereka yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun.

“Hukuman khidmat masyarakat ini bukan asing dalam sistem keadilan jenayah tanah air, tetapi ia perlu diperluaskan kepada pesalah lain mengikut kesesuaian melalui pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah.

“Kita bersetuju dengan mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang sebelum ini mencadangkan hukuman khidmat masyarakat sebagai usaha alternatif kepada hukuman pemenjaraan,” katanya.

Beliau berpendapat hukuman khidmat masyarakat memberi peluang pesalah untuk membetulkan kesalahannya dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain dalam tempoh tertentu.

“Ini lebih baik kepada pesalah dan juga masyarakat secara amnya,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: cermin keretapecah cerminPenjaratopi keledar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

11 Mati Ditembak Dalam Serangan Di Virginia Beach

Next Post

Ringgit Diramal Alami Tekanan

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Ringgit Diramal Alami Tekanan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd