• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Produk Dikesan Dicampur Racun Berjadual

oleh
27/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesan empat produk dicampur dengan racun berjadual yang boleh menyebabkan kesan advers (negatif) yang mengancam nyawa pengguna.

Empat produk itu adalah BB Body, Bello Smaze dan Choco Fit yang mengandungi racun berjadual jenis Sibutramine, manakala produk Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan mengandungi Dexamethasone Chlorpheniramine Frusemide.

Kesan advers sibutramine adalah kadar degupan jantung yang laju, masalah tidur tidak lena, mulut kering serta rasa mual, manakala Dexamethasone Chlorpheniramine Frusemide mengakibatkan kesan pertambahan berat badan yang mendadak dan muka ‘moon face’ iaitu menjadi sembab.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya melalui Program Perkhidmatan Farmasi menerima maklumat daripada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura berkenaan empat produk itu yang dicampur palsu dengan racun berjadual dan menyebabkan kesan advers berkenaan.

Katanya, semakan mendapati produk itu bukan keluaran yang berdaftar dan ia perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan.

“HSA turut melaporkan bahawa terdapat premis yang menjual produk itu di Johor Bahru dan bertindak dengan itu, tiga operasi serbuan dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 13 hingga 17 Jun lalu di sekitar Johor Bahru.

“Dalam operasi itu, 23 premis diperiksa tetapi kesemua produk yang dilapor tidak dikesan dijual di premis berkenaan.

“Pemeriksaan berkala akan tetap diteruskan bagi memastikan tiada penjualan produk tidak berdaftar atau bahan produk yang dicampur palsu dengan racun berjadual,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr. Noor Hisham memberi amaran kepada penjual dan pembekal produk berkenaan supaya menghentikan penjualan serta pembekalan dengan serta-merta kerana ia melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Kementerian Kesihatan juga menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan empat produk ini sekiranya ada yang sedang menggunakan produk BB Body, Bello Smaze dan Choco Fit, mereka perlu berhenti serta-merta dan mendapatkan rawatan segera sekiranya bimbang dengan kesihatan mereka.

“Bagi yang sedang menggunakan produk Seahorse Chop Du Zhong Ba Ji Wan yang mengandungi steroid poten, pengguna disaran segera berjumpa dengan doktor.

“Menghentikan steroid tanpa pengawasan perubatan yang betul boleh menyebabkan tanda-tanda pengunduran (withdrawal) yang serius seperti keletihan, kekeliruan dan tekanan darah rendah, terutama apabila produk diambil selama lebih dari beberapa minggu,” katanya.

Dr. Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati ketika membeli ubat, produk kesihatan dan kosmetik bagi mengelak bahaya yang mungkin timbul apabila menggunakan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi.

“Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag pada bungkusannya. Semua pembekalan ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual (Ubat Terkawal) adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952 yang perlu dipatuhi oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi.

“Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400,” katanya. – BH Online

Tags: HSAKKMprodukRacun Berjadual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd