• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Gagal Dapat Kembali Pasport Bagi Tunai Umrah

oleh
03/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cubaan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan pasportnya bagi menunaikan umrah bulan ini gagal apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut sebentar tadi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah yang meneliti hujah kedua-dua pihak iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal sebelum membuat keputusan untuk menolak permohonan tersebut.

Kata Collin dalam penghakiman beliau, mahkamah terpaksa menolak permohonan itu kerana dakwaan ke atas bekas Menteri Dalam Negeri itu sangat serius.

Jelas Collin, bukan satu keperluan yang mendesak pemohon pada masa kini untuk pihak mahkamah menimbangkang perkara tersebut.

“Walaupun ibadat itu dituntut untuk umat Islam sepanjang Ramadan, ia bukan perkara wajib untuk ditunaikan.

“Juga, tiada keperluan mendesak ataupun tanggungjawab daripada pemohon untuk mengerjakan umrah pada masa kini,” katanya.

Tambah Collin, walaupun Ahmad Zahid mengerjakan umrah sejak 30 tahun lalu, situasi dan keadaan ketika ini berbeza kerana beliau berdepan pelbagai tuduhan serius.

Sebelum itu, ketika berhujah, Hisyam berkata, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh itu sepatutnya berangkat ke Arab Saudi pada 9 Mei ini hingga 3 Jun.

Jelas Hisyam, Ahmad Zahid kemudian akan mengembalikan pasport beliau kepada pihak berkuasa pada 4 Jun.

Namun hujah itu dibantah oleh Ahmad Sazilee dengan melahirkan kebimbangan beliau berkemungkinan besar terpaksa berhadapan dengan risiko Ahmad Zahid ‘melarikan diri’.

Sejurus selepas keputusan itu, Ahmad Zahid tampil tenang namun tidak bercakap dengan pengamal media selain daripada hanya berbicara dengan kumpulan penyokong dan peguamnya sebelum masuk ke dalam kereta jenis Velfire berwarna hitam.

Ahmad Zahid sempat melambai kepada pengamal media dari dalam kereta sambil tersenyum.

Beliau berdepan 47 tuduhan membabitkan 12 dakwaan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Timbalan Perdana Menteri itu didakwa menggunakan dana tersebut untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman serta sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd ketika menjadi Menteri Dalam Negeri bagi mendapatkan projek MyEG.

Ahmad Zahid juga didakwa telah membantu membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Selain itu, beliau juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan pendapatan daripada kegiatan haram antara 2016 dan 2018.

Mahkamah telah menetapkan 18 hingga 22 November, 2 hingga 6 Disember dan 9 hingga 13 Disember sebagai tarikh perbicaraan semua kes terbabit. – MalaysiaGazette

Tags: Ahmad Zahid HamidiPASPORTumrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Le Tour de Femina 2019 Julung Kali Di Malaysia

Next Post

Zakir Naik Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram

Related Posts

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

Next Post

Zakir Naik Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd