• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Abu Hassan Din Dikebumikan Lepas Asar Hari Ini

oleh
01/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini selepas solat Asar.

Ketika ini, kediaman Allahyarham di Kampung Batu Muda di sini, dipenuhi dengan kehadiran orang ramai yang mahu menziarahi jenazah.

Menurut anak sulung kepada Allahyarham, Mohamad Yusri, 45, jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda selepas solat Zohor untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

“Atas permintaan saudara di Perlis yang mahu menziarahi Allahyarham, kami sepakat untuk mengebumikan jenazah selepas solat Asar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Antara mereka yang dilihat hadir ke rumah arwah sejak pagi tadi ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.

Allahyarham Abu Hassan, 72, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika bersiap selepas menunaikan solat Subuh sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi tadi.

Abu Hassan merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Allahyarham Ishak Din. Kedua-dua abangnya kembali ke rahmatullah pada 2016.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis sebelum ke Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah lalu melanjutkan pelajaran di Mesir.

Selain pernah menjadi Penasihat Agama Istana Negara, Allahyarham turut berpengalaman berkhidmat di Masjid Negara dengan jawatan tertingginya sebagai Imam Besar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh orang anak serta 13 cucu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Abu Hassan Dinmeninggal duniaPendakwah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd