• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sabah Dah Jangka Siasatan Ke Atas Bung Moktar

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – UMNO Sabah tidak terkejut mengenai siasatan ke atas pengerusi perhubungan negeri Bung Moktar Radin kerana ia sudah menjadi trend kerajaan untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pembangkang semasa pilihan raya.

Pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah, Ghazalie Ansing berkata, mereka sudah menjangkakan satu langkah untuk menekan pemimpin parti itu menjelang pilihan raya kecil Sandakan pada 11 Mei.

“Semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands, pertuduhan rasuah ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba-tiba bertambah,” katanya kepada FMT.

“Di Semenyih, isu mereka adalah RM90 juta yang didakwa disalurkan ke akaun pemimpin PAS. Di Rantau, calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan dikaitkan dengan harta bernilai RM10 juta di London, dengan memberi gambaran bahawa beliau menerima rasuah.

“Jadi, apabila Bung Moktar tiba-tiba mendapati dirinya disiasat SPRM, ia tidak menghairankan. Malah, ia dijangkakan,” katanya.

Ghazalie berkata Pakatan Harapan (PH) tahu terdapat risiko parti itu akan kehilangan kerusi Sandakan kerana sokongan terhadap kerajaan semakin menurun sejak setahun lalu.

“Rakyat sekarang menyedari BN adalah faktor penstabilan dalam ekonomi dan perpaduan negara. Selain itu, UMNO masih mempunyai sokongan yang sihat di Sandakan, dan penyiasatan kes lama ini mungkin bertujuan untuk mensabotaj calon yang disokong UMNO Sabah, iaitu Linda Tsen dari Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Ghazalie, yang juga pemangku ketua bahagian UMNO Tawau, berkata siasatan tersebut merupakan percubaan oleh kerajaan PH untuk mencalarkan imej Bung Moktar, sambil menambah ini tidak bertanggungjawab dan tidak wajar.

“Rakyat Sabah mula kembali kepada UMNO Sabah dalam agenda perjuangan hak-hak anak negeri dan hak-hak negeri Sabah.

“Kini, PH sedar kehadiran UMNO dalam pilihan raya kecil Sandakan telah membawa kesan positif yang besar dan juga mengancam peluang calon DAP.

“Apa gunanya menggunakan kes lama dan tidak mempunyai sebarang asas untuk dibuka semula untuk mendakwa Bung Moktar di mahkamah?” katanya.

Beliau menggesa ahli-ahli UMNO Sabah, yang berjumlah kira-kira 500,000, memberi sokongan penuh dan bersolidariti dengan ketua mereka.

Bung Moktar, Ahli Parlimen Kinabatangan, dijangka hadir di mahkamah esok untuk dituduh dalam kes rasuah. Beliau dan isterinya Zizie Izzette A Samad telah hadir ke pejabat SPRM di Kuala Lumpur semalam di mana mereka ditahan pada jam 10.50 pagi dan 11.15 pagi.

Ghazalie berkata selepas hadir di mahkamah esok, Bung Moktar akan menyertai UMNO Sabah untuk membantu kempen Tsen di Sandakan. – FMT

Tags: Bung Moktar RadinUMNO SabahZizie Izzette
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM12.7 Bilion Percepat Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

29/05/2022
0

TONGOD: Kelulusan peruntukan RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo akan membantu mempercepatkan pelaksanaan...

SPRM Ada Cukup Bukti Dakwa Bung Moktar, Isteri

09/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa wujud keterangan mencukupi untuk mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd