• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubat Termahal Di Dunia

oleh
26/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan penggunaan ubat terapi gen yang digunakan untuk merawat penyakit jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Ubat dikenali sebagai Zolgensma dikeluarkan syarikat farmaseutikal Switzerland, Novartis.

Ia berharga AS$2.1 juta (RM8.8 juta) menjadikannya ubat termahal di dunia.

Novartis berkata, Zolgensma digunakan untuk merawat penyakit atrofi otot tulang belakang (SMA), penyakit yang wujud dalam satu daripada 10,000 kelahiran dan 90 peratus kes menyebabkan kematian pesakit pada usia dua tahun.

Pengumuman itu dibuat ketika pentadbiran Presiden Donald Trump berikrar menghapuskan peningkatan harga mendadak ubat-ubatan.

Novartis mempertahankan harga tersebut, berkata terapi gen adalah bentuk rawatan canggih terbaru dan 50 peratus lebih murah berbanding rawatan sedia ada.

“Zolgensma adalah kemajuan terhebat untuk rawatan SMA dan kejayaan bersejarah terapi gen,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Novartis, Vas Narasimhan dalam satu kenyataan, menambah syarikat sudah bekerjasama dengan kerajaan dan pembekal insurans untuk pembayaran rawatan.

Kos rawatan berjumlah AS$2.125 juta (RM8.9 juta) boleh dibuat secara ansuran selama lima tahun, iaitu sebanyak AS$425,000 (RM1.7 juta) setahun.

Setiap pesakit SMA hanya memerlukan satu suntikan Zolgensma bagi menghentikan perkembangan penyakit tersebut.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) berkata ubat itu terbukti selamat dalam ujian klinikal melibatkan 36 pesakit berumur antara dua minggu hingga lapan bulan.

Kesan sampingan paling buruk Zolgensma adalah peningkatan enzim hati dan muntah-muntah, kata FDA. – Agensi

Tags: ubat terapi genUbat TermahalZolgensma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd