• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Timbalannya Ada Sijil Palsu… ‘Menteri Kangkung’ Palsu?”

oleh
06/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANTAN perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kerajaan selepas Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah berkata dia tidak akan meminta maaf kepada empat orang pensyarah yang digelar “profesor kangkung” berkaitan Statut Rom.

Saifuddin dilapor melabel empat pensyarah berkenaan, yang dikatakan terlibat dalam memberi penerangan kepada Majlis Raja-raja berhubung Statut Rom, bagi membezakan “profesor yang asli dengan mereka yang memberikan laporan salah untuk menakutkan orang ramai”.

Putrajaya selepas mengumumkan Malaysia menarik balik perakuan Statut Rom berkata ia tahu penentangan terhadap Malaysia menandatangani perjanjian itu bermotif politik, ideanya untuk mendapatkan raja-raja melawan kerajaan.

“Satu Malaysia maklum bahawa timbalannya ada sijil palsu. Patut digelar apa pula? Menteri kangkung palsu?” kata Najib di Facebook hari ini.

Beliau merujuk kepada Timbalan Menteri Luar Negeri, Marzuki Yahya, yang terpalit kontroversi ijazah meragukan awal tahun ini.

Marzuki memiliki ijazah daripada Cambridge International University di Amerika Syarikat, dan bukan daripada Universiti Cambridge di United Kingdom yang terkenal di serata dunia.

Bekas perdana menteri itu tidak senang melihat pensyarah-pensyarah berkenaan diserang oleh menteri-menteri kerajaan, dan tertanya apakah kesalahan mereka hingga perlu dihina dan dimaki seperti itu.

“Hanya sebab mereka telah memberi pendapat kepada kepada Majlis Raja-raja berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka?

“Kalau begini, lebih baik kerajaan Pakatan Harapan sediakan skrip untuk mana-mana profesor yang ingin menyuarakan pendapat mereka kepada Majlis Raja-raja ataupun kepada media,” katanya. – FMT

Tags: ICCMarzuki YahyaSaifuddin AbdullahStatut Rom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Brunei Lanjut Tempoh Moratorium Hukuman Mati LGBT

Next Post

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Next Post

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd