• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Talak Sah: PU Abu Sufyan Tambah Fakta Saat Akhir

oleh
16/05/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan talak dilafazkan pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan terhadap isterinya, Ain ‘Afini Latif menerusi aplikasi WhatsApp Mac lalu adalah sah.

Perkara itu berlaku berikutan lelaki itu mengemukakan penambahan fakta kepada mahkamah, petang semalam.

Berdasarkan fakta penambahan tersebut, Abu Sufyan atau nama sebenarnya Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 23, mengaku kepada rakannya bahawa dia dan Ain ‘Afini telah bercerai.

Sehubungan itu, mengambil kira pengakuan dan siasatan lanjut, Hakim Syarie, Mohd Nuruazhar Tohar memutuskan talak dilafazkan itu sah dan berlaku penceraian antara mereka.

Ain ‘Afini, 21, yang kini mengandung tujuh bulan diperintah menjalani tempoh idah sehingga bersalin.

Terdahulu, mahkamah yang sama memutuskan talak Abu Sufyan adalah tidak sah selepas menerima sumpah bahawa lelaki itu tidak pernah berniat menceraikan isterinya.

Abu Sufyan bernikah dengan Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahirannya pertama pada 10 Julai depan.

Talak kali ini adalah talak kedua berikutan penceraian kali pertama telah berlaku diantara mereka pada 28 Januari lalu.

Bagaimanapun pasangan itu rujuk semula pada 23 Februari.

Sebelum ini, Ain ‘Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah diceraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil. – Sinar Harian

Tags: Ain 'Afini Latifkes ceraiPU Abu Sufyan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gabungan PAS-UMNO Resipi Terbaik Menang PRU15

Next Post

Ketua Jururawat Serdang Ditemui Mati Di Cyberjaya

Related Posts

PU Abu, Ain ‘Afini Kekal Suami Isteri

15/05/2019
0

KLANG - Teka-teki status rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain 'Afini Latif, 23, akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah...

Basuh Baju Tengah Malam Punca Cerai?

13/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pasangan bukan Islam di negara ini yang ingin mendirikan rumah tangga akan diwajibkan untuk menghadiri kursus praperkahwinan....

Next Post

Ketua Jururawat Serdang Ditemui Mati Di Cyberjaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd