• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Bakal Guna Undang-Undang Baharu Dakwa Syarikat

oleh
30/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan undang-undang baharu iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuatkuasa pada Jun 2020.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata, peruntukan undang-undang yang membolehkan syarikat terlibat rasuah didakwa itu adalah untuk melaksanakan obligasi dan memenuhi tanggungjawab antarabangsa di bawah Artikel 26 “United Nation Convention Against Corruption (UNCAC)” yang merujuk kepada “liability of legal person”.

Beliau berkata, sebelum peruntukan itu wujud, Akta SPRM 2009 hanya tertumpu kepada pendakwaan atas “natural person”, iaitu individu yang terlibat dengan rasuah sahaja.

“Oleh yang demikian, Seksyen 17A digubal bagi membolehkan syarikat yang menjalankan kegiatan rasuah dikenakan tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang.

“Seksyen 17A diluluskan di Parlimen pada 5 April 2018, yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersil,” katanya.

Azam berkata, melalui seksyen berkenaan, organisasi komersil boleh didakwa sekiranya orang yang bersekutu dengan organisasi komersil terlibat dengan jenayah rasuah dengan tujuan untuk membolehkan organisasi itu memperoleh atau mengekalkan kontrak atau kepentingan.

“Dalam masa sama, peruntukan itu menghendaki, sebagai tindakan pencegahan, organisasi komersil mewujudkan polisi dan usaha pencegahan rasuah dalam organisasi mereka dalam bentuk tatacara yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, dalam menggubal peruntukan itu, SPRM merujuk kepada pelbagai sumber perundangan sama ada domestik atau luar negara.

Tags: rasuahSPRMundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd