• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semoga Allah Mengangkat Semula Maruah Najib

oleh
16/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas setahun kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei tahun lalu, pelbagai peristiwa menimpa pemimpin tertinggi BN dan UMNO.

Paling tragis berlaku ke atas Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa dengan berpuluh pertuduhan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kononnya atas salah laku sepanjang beliau memegang jawatan perdana menteri.

Beliau kini banyak menghabiskan masa turun naik ke mahkamah untuk mempertahankan diri dari pertuduhan itu, sehinggakan tidak cukup dengan itu, ada lagi kes salah laku terbaharu sedang dibongkar pemimpin PH.

Ini menimbulkan rasa simpati pada orang ramai, yang selama ini berasa selesa menjalani kehidupan di bawah kerajaan BN.

Seorang netizen, Amran Hassan dalam status yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya meluahkan rasa simpati yang amat sangat kepada Najib.

Tulisnya, beliau menghormati Najib sebagai pemimpin kerajaan Malaysia dan pada masa sama berasa kecewa dengan kejatuhannya yang disebabkan fitnah.

“Walau apapun yang berlaku kepada insan ini. Saya amat menghormatinya,” tulis beliau.

“Saya sangat kecewa beliau jatuh kerana fitnah. Namun, saya tidak pernah lupa berdoa agar Allah kembalikan semula maruahnya,” katanya Amran lagi.

Beliau amat berharap maruah Najib dapat dipulihkan kembali menerusi perbicaraannya di mahkamah kerana tidak sampai hati melihat seorang yang pernah memegang jawatan perdana menteri diperlakukan sedemikian oleh kerajaan baharu.

Amran menyifatkan Najib sebagai seorang insan berhati mulia dan berdoa semoga Allah mengangkat semula kedudukannya.

Bermula pertengahan Mei tahun lalu, iaitu seminggu selepas PRU14, kediaman Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur digeledah sepasukan pihak berkuasa dan beliau disiasat berhubung skandal 1MDB.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga disiasat berjam-jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kelihatan letih dan tidak cukup rehat.

Kini, beliau yang sentiasa kelihatan tenang berulang alik ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk prosiding perbicaraan berkaitan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Peguam bela Najib diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala pihak pendakwa raya diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas. – MalaysiaGazette

Tags: Allah SWTmaruahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jangan Kempen Jatuhkan Maruah, Fitnah Ketika PRN’

‘Jangan Kempen Jatuhkan Maruah, Fitnah Ketika PRN’

09/07/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Perpaduan Negara menasihati semua pihak termasuk penyokong parti politik dan anggota masyarakat supaya menghindari kempen yang boleh...

PAS Hilang Maruah PN/PH Bekerjasama

22/03/2022
0

PAS jika masih ada maruah tidak akan sesekali akur kepada pujukan pihak tertentu dalam Perikatan Nasional (PN) supaya bekerjasama dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd