• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sejarawan Negara Khoo Kay Kim Meninggal Dunia

oleh
28/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tokoh sejarawan dan ahli akademik Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat masalah jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi tadi.

Anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita kematian ayahnya itu.

“Benar, beliau meninggal dunia sekitar 30 minit yang lalu selepas mengalami masalah jantung. Keluarga saya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung pengebumian dan acara penghormatan terakhir buat ayah saya dalam masa terdekat ini,” kata Khoo ringkas.

Khay Kim merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Khay Kim merupakan salah seorang individu yang membantu menggubal Rukun Negara berkata anugerah itu mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Tokoh sejarawan itu merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.

Mendiang merupakan seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya.

Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang.

Pada tahun 1959, beliau memperoleh ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya Singapura.

Pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D Sejarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974.

Beliau mendapat Sarjana Kedoktoran (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk “The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935″ yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai tutor dari tahun 1964 sehingga 1966. Kemudian, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968.

Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai seorang Profesor sementara Mei tahun 1973 sehingga tahun 1975, mendiang dilantik Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan seterusnya sebagai Profesor Jabatan Sejarah pada Mei tahun 1975.

Pada 3 September 2018, Kay Kim bersama-sama Tokoh Animasi, Hassan Muthalib merupakan penerima Anugerah Merdeka 2018 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. – Astro AWANI

Tags: khoo kay kimmeninggal duniasejarawan negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengurusan Kes SUV Terhumban Ke Laut 28 Jun

Next Post

Pelan Damai AS Sekadar ‘Jual Ilusi’ – Presiden Palestin

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Pelan Damai AS Sekadar 'Jual Ilusi' - Presiden Palestin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd