• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Ambil Gambar, Cuma Guna Cermin”

oleh
09/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika sedang berlangsungnya prosiding SRC International sebelah pagi tadi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyoal Najib setelah mendapat aduan daripada pihak pendakwa raya, Datuk V. Sithambaram berhubung ada laporan berhubung rakaman gambar ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Bagaimanapun, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menafikan telah berbuat demikian sebaliknya berkata beliau hanya menggunakan telefon bimbitnya sebagai cermin muka.

Peguam bela, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah kemudian bangkit mengadu berhubung pihak media yang juga membuat laporan tidak tepat dan palsu tentang anak guamnya malah mengatakan kadang-kadang ianya tidak terkawal.

Mohd Nazlan bagaimanapun mengatakan kemungkinan laporan-laporan berhubung penggunaan telefon bimbit untuk swafoto itu sebenarnya tidak ditulis dengan niat jahat.

Namun demikian, sekali lagi Mohd Nazlan memberi peringatan tegas agar mematuhi peraturan atau berdepan dengan tindakan tegas seandainya tertangkap.

“Mengambil gambar dalam mahkamah terbuka ketika prosiding akan ditangani secara serius. Mahkamah memberi kebebasan kepada anda dan seharusnya telefon itu tidak digunakan untuk mengganggu prosiding,” tegasnya.

Memang mengikut peraturan yang sedia termaktub, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak untuk mengambil gambar atau melakukan sebarang rakaman ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Dalam penerbitan oleh media juga hanya lakaran dan bukan gambar sebenar prosiding dibenarkan selama ini.

Sebelum ini, bekas pegawai khas Najib, Datuk Isham Jalil pernah memuat naik prosiding perbicaraan Najib menerusi laman sosial Facebook sehingga mendapat kecaman segelintir pihak.

Sejurus selepas insiden tersebut, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan peringatan semua pihak supaya tidak mengedar dan memuat naik rakaman transkrip prosiding mahkamah (CRT) membabitkan perbicaraan kes SRC International dihadapi Najib. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakselfieSRC InternationalSwafoto
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd