• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM17.1 Bilion Bayar Balik GST, Cukai Pendapatan

oleh
10/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan yang sudah menerima dana dari Petronas telah mula membuat bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan kepada pembayar cukai-cukai tersebut sejak Januari lalu.

Untuk bayaran balik cukai pendapatan, sebanyak RM7.6 bilion telah dibayar balik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sehingga 30 April 2019.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM5.2 bilion untuk 70,205 kes syarikat dan RM2.4 bilion bagi 1,186,288 kes lain.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, untuk bayaran balik cukai GST pula, sebanyak RM9.5 bilion telah dibayar balik kepada 76,002 pendaftar GST oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sehingga 30 April 2019.

Seperti yang diumumkan pada tahun lepas, tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan ini melibatkan sebanyak 121,429 pendaftar GST dan 1,653,786 kes, masing-masing membabitkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan setakat 31 Mei 2018.

Menurutnya, pembayaran balik cukai-cukai ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan tidak menyelewengkan pulangan dividen daripada Petronas dan menunaikan janji memulangkan tunggakan pembayaran balik cukai kepada rakyat dan syarikat Malaysia.

Petronas membayar dividen khas sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan pada tahun lalu.

Tags: cukai pendapatanGSTLim Guan Engpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd