• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Teruskan Aliran Menurun

oleh
15/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) esok, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan rendah pada 4.1715/1745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1690/1720 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata meskipun jangkaan data KDNK yang lemah, masih terdapat sektor yang dijangka berkembang dalam keadaan kelembapan sektor pembuatan, justeru, data itu boleh meningkatkan sentimen pelabur.

“Dengan peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, para pelabur mencari lokasi alternatif dan sekiranya Malaysia boleh menyediakan pilihan, ia sudah pastinya baik bagi negara,” katanya.

Mengenai minyak mentah, beliau berkata harga dijangka stabil antara AS$70 hingga AS$75 setong, memandangkan pelaburan tenaga global mencatatkan prestasi kukuh lebih AS$1.8 trilion pada 2018, mengakhiri penurunan tiga tahunnya.

“Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, penstabilan harga adalah baik kerana ia tidak banyak mencatatkan turun dan naik, yang boleh membawa kesan kepada industri lain sekiranya harga jatuh terlalu rendah,” katanya.

Pada 9 pagi, petunjuk pasaran minyak mentah Brent berada pada AS$71.04 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0460/0484 daripada 3.0466/0499 pada Selasa tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.8061/8099 daripada 3.8018/8048.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3858/3901 daripada 5.3955/4011 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6733/6771 daripada 4.6843/6885 pada Selasa.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd