• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS

oleh
21/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit terus susut berbanding dolar US sewaktu pasaran dibuka hari ini yang menyaksikan unit negara maju itu terus mengukuh didorong oleh pulangan hasil lebih tinggi serta pertikaian perdagangan yang berlanjutan Washington-Beijing, sekali gus meningkatkan minat terhadap mata wang selamat.

Pada 9 pagi ini, ringgit disebut pada 4.1780/1810 berbanding dolar US daripada 4.1750/1780 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit masih dalam lingkungan ‘terlebih jualan’.

Malah, konflik perdagangan Amerika Syarikat dan China yang terus berlanjutan, termasuk menyaksikan syarikat telekomunikasi terkemuka China, Huawei disenaraihitam, hanya menunjukkan bahawa pemulihan teknikal sukar berlaku dalam masa terdekat ini.

“Ringgit dijangka diniagakan sekitar paras RM4.16 hingga RM4.18 berikutan ketidaktentuan impaknya terhadap sektor teknologi yang turut penting kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan bercampur-campur dengan kelompok mata wang utama dunia.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0372/0398 berbanding 3.0335/0368 pada penutupan Jumaat lepas dan susut berbanding euro kepada 4.6647/6685 daripada 4.6601/6652.

Ia bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7913/7950 daripada 3.8051/8093 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3173/3216 daripada 5.3265/3324 pada Jumaat.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd