• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Merosot Berbanding Dolar AS

oleh
31/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan yang lebih rendah hari ini.

Ia berikutan nilai dolar yang terus mengukuh walaupun landskap risiko global masih tidak menentu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.1950/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1940 penutup Khamis.

Peniaga berkata, langkah terkini Presiden Donald Trump dalam perang perdagangan dengan mensasarkan import Mexico, menekankan pasaran baharu muncul, termasuk Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jepun semalam mencadangkan mata wang baharu berdasarkan emas, kerana ia lebih stabil berbanding perdagangan mata wang semasa yang memanipulasi.

Beliau berkata, dengan menggunakan logam berharga itu, ia boleh digunakan untuk menilai aktiviti eksport dan import dalam kalangan negara-negara Asia Timur.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0388/0420 daripada 3.0368/0409 Khamis dan menyusut nilainya berbanding yen Jepun kepada 3.8391/8429 daripada 3.8182/8239.

Bagaimanapun, nota tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2895/29491 daripada 5.2911/2991, tetapi merosot berbanding euro kepada 4.6699/6753 daripada 4.6674/6738.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd