• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratusan Lagi Hilang Kerja Dalam Masa 24 Jam

oleh
06/05/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan dan mendoakan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam untuk sama-sama mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini dengan menunaikan ibadat puasa serta amalan baik yang lain.

2. Di saat seluruh rakyat Malaysia menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh keinsafan, segelintir rakyat ini juga dikejutkan dengan berita sedih apabila mereka kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengecam kezaliman yang dilakukan terhadap pekerja di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan; Bio-xcell Malaysia, FELDA Engineering Services dan FELDA Properties.

3. Menyorot kembali Manifesto Pakatan Harapan, selepas hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, antara iltizam pimpinan mereka adalah untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500 kepada rakyat Malaysia. Setakat ini, rakyat Malaysia masih ditipu dengan janji-janji kosong tersebut. Lebih parah apabila bukan sahaja tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan, bahkan mengurangkan pekerjaan sedia ada.

4. Bio-xcell merupakan syarikat usahasama antara Malaysian Bioeconomy Development Corporation dan UEM Sunrise Berhad. Malaysian Bioeconomy Development Corporation milik sepenuhnya Kementerian Kewangan Malaysia, manakala UEM di bawah Khazanah. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa YB Lim Guan Eng untuk memberikan penjelasan di atas arahan yang dikeluarkan untuk memberhentikan pekerja berkuatkuasa 24 jam.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga menggesa penjelasan diberikan apabila 130 orang pekerja di FELDA Engineering Services dan FELDA Properies diberhentikan pekerjaan. Hal ini masih berlaku di saat syarikat-syarikat tersebut beroperasi lebih puluhan tahun dan membawa keuntungan kepada syarikat.

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: FeldaFGVParti IKATAN Bangsa MalaysiaShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guan Eng Betul Ke DAP Parti Rakyat Malaysia Tulen?

Next Post

Celcom Bukan Lagi Syarikat Malaysia, Tapi Milik Norway

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

Celcom Bukan Lagi Syarikat Malaysia, Tapi Milik Norway

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd