• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong Dasar Laut Masih Diteruskan

oleh
03/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Projek pembinaan terowong dasar laut masih diteruskan dan setakat ini tiada sebarang halangan untuk ia diteruskan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini.

Chow berkata projek itu kini berada di peringkat akhir kajian kebolehlaksanaan yang dijalankan oleh Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZC) sebelum diserahkan kepada perunding teknikal kerajaan negeri, HSSI Sdn. Bhd. untuk semakan dan pengesahan.

“Ulasan ke atas draf laporan tersebut telah dipanjangkan kepada pihak CZC pada bulan ini untuk pindaan sebelum dimuktamadkan dan dipersetujui kerajaan negeri.

“Pelaksanaan projek terowong dasar laut selanjutnya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). Bagaimanapun, buat masa ini projek ini masih diteruskan,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Beliau menjawab soalan Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) yang ingin tahu status terkini dan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setakat ini untuk projek berkenaan.

Projek terowong sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai itu adalah di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

Chow yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Padang Kota berkata sehingga kini kerajaan negeri tidak melakukan sebarang pembayaran kepada pihak CZC bagi laporan kajian kebolehlaksanaan projek dasar laut.

Menurutnya, pembayaran hanya akan dilaksanakan setelah laporan kajian itu disahkan pihak perunding teknikal sebelum mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Menjawab soalan Mohd Yusni mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkenaan, beliau berkata suruhanjaya telah menjalankan siasatan terhadap projek itu pada suku pertama 2018 dan setakat ini tidak ada sebarang pendakwaan.

“Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah dan wujudnya salah laku berkaitan projek ini,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mohd Yusni sama ada pameran umum mengenai pembinaan tiga lebuh raya akan diadakan untuk penduduk yang terjejas dengan projek itu, Chow berkata projek tiga lebuh raya itu telah mendapat kelulusan bagi kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan pameran awam juga telah dilaksanakan selama sebulan.

“Pameran awam ini diadakan di sepanjang jajaran cadangan lebuh raya ini termasuk di Komtar, pejabat kerajaan dan tempat-tempat awam. Proses ini sudah pun berlalu. Pihak Jabatan Alam Sekitar setelah meneliti kajian SIA dan meluluskannya. Bagi kajian untuk projek terowong belum sampai peringkat ini,” katanya.

Tags: Chow Kon YeowDAP Pulau Pinangprojek terowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Cuba Samaratakan Islam Dengan Agama Lain

Next Post

Proton Muncul Jenama Kedua Paling Laris April

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

05/05/2023
0

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak...

Next Post

Proton Muncul Jenama Kedua Paling Laris April

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd