• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Batal Projek Keperluan Asas Rakyat Sarawak

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pemimpin Sarawak, yang menempelak pemimpin DAP kerana melabelkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai “anak manja” berhubung pembatalan projek pembangunan berkata, projek terbabit merupakan keperluan asas rakyat seperti bekalan air dan mitigasi banjir.

Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tidak masuk akal bagi pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen membuat perbandingan dengan projek di semenanjung.

Katanya, projek di Sarawak kebanyakannya bertujuan memenuhi keperluan asas rakyat.

“Kamu tidak boleh bandingkan projek mega dengan projek mitigasi banjir di Sebuyau, yang menyaksikan seluruh kampung di situ dilanda banjir setiap tahun.

“Kamu juga tidak boleh membandingkannya dengan projek bernilai RM127 juta bertujuan mengatasi masalah bekalan air di kawasan saya di Tasik Biru, Semantan dan Lundu yang dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Air adalah keperluan asas. Semua orang perlukan air.

“Dia (Chong) gelar kami anak manja. Dia duduk di bandar. Dia tidak faham sebab dia tidak lihat rumah dimusnahkan banjir dan hakisan,” kata Wan Junaidi kepada FMT.

Pada Jumaat, Chong menggesa GPS supaya tidak menjadi “anak manja” berikutan pembatalan projek pembangunan di negeri itu dengan berkata, ia perlu dilakukan kerana kerajaan persekutuan mahu menyelamatkan negara daripada bankrap.

“Ia usaha negara. Jika anda lihat angka yang terlibat, potongan peruntukan (bagi projek) di semenanjung adalah jauh lebih banyak daripada potongan bagi projek di Sarawak,” katanya.

Wan Junaidi berkata, peruntukan pembangunan bagi Sarawak dari tahun 2013 hingga 2017 telah berkurang dengan banyak.

“Kita tidak bantah projek pembangunan di negeri lain, tetapi kerajaan persekutuan juga tidak patut batalkan projek di Sarawak,” katanya.

Beliau juga bertanya tentang nasib projek pembangunan batu di Kampung Buntal bernilai RM10 juta yang dijangka siap tahun ini.

“Ada projek bernilai hampir setengah bilion ringgit bagi mencegah hakisan di Sarawak. Kita tidak pasti apakah yang akan berlaku kepadanya,” kata beliau.

Wan Junaidi mengingatkan kerajaan persekutuan bahawa projek berkenaan adalah berdasarkan kajian yang dibuat 2-3 tahun lebih awal bagi melindungi rumah penduduk daripada ditenggelami air.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, DAP tidak perlu melabelkan orang lain. Katanya, projek pembangunan di Sarawak tidak harus disamakan dengan projek di semenanjung.

“Kita masih jauh ketinggalan dari sudut infrastruktur. Projek yang dibatalkan ini merupakan infrastruktur asas untuk penduduk di luar bandar,” katanya. – FMT

Tags: pakatan harapanRakyatsarawakWan Junaidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd