• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peraturan Baharu Cermin Gelap Bermula Esok

oleh
07/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap untuk bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian di seluruh negara berkuat kuasa esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.

“Kadar ketelusan cahaya pada bahagian cermin depan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.

“Namun, mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap bagi kedua-dua cermin terbabit atas faktor keselamatan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pindaan peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan motor di lobi Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Peraturan sebelum ini menetapkan kadar gelap Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan ialah cermin hadapan sebanyak 70 peratus, cermin sisi hadapan (50 peratus) serta cermin penumpang dan belakang (30 peratus).

Mengulas lanjut, Siew Fook berkata, permohonan yang diluluskan untuk tujuan menggelapkan cermin kenderaan sepenuhnya akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi setiap kenderaan untuk tempoh dua tahun.

Menurutnya, sebelum itu, pemilik kenderaan perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan.

“Permohonan di atas faktor kesihatan pula akan dikecualikan daripada bayaran fi namun perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan.

“Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap perlu memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya,” katanya.

Sementara itu, Siew Fook berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari sekarang.

“Sebarang permohonan pengecualian boleh dikemukan mulai tarikh kuat kuasa pindaan kaedah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pindaan peraturan penggunaan cermin gelap itu antara lain bertujuan meningkatkan hasil kerajaan menerusi bayaran fi permohonan dan pemprosesan yang dikenakan. – K! ONLINE

Tags: Anthony Lokecermin gelapKenderaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Bawa Ketum Rempuh 3 Beranak Hingga Mati

Next Post

KWAP Tidak Tergesa-Gesa Lulus Pinjaman SRC

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

KWAP Tidak Tergesa-Gesa Lulus Pinjaman SRC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd