• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Gugur Beberapa Dakwaan Terhadap Abdul Razak

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Perancis menggugurkan beberapa dakwaan terhadap penganalisis politik, Abdul Razak Baginda berhubung sogokan urusan pembelian kapal selam.

Menurut laporan agensi berita, AFP, Mahkamah Rayuan Paris telah menggugurkan dakwaan rasuah pasif, namun dakwaan lain dikekalkan.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, peguam Abdul Razak, Caroline Toby memberi gambaran akan membuat rayuan berhubung perkara itu.

Sehingga kini empat pegawai eksekutif industri pertahanan Perancis sudah didakwa.

Mereka terdiri daripada dua bekas pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, serta dua bekas pengarah Thales International Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier.

Keempat-empat mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa tidak mempunyai hubungan langsung dengan Abdul Razak.

Penyiasat Perancis kini sedang mengikuti perkembangan dakwaan bahawa bayaran 114 juta euro dibuat Perimekar.

Perimekar merupakan syarikat berpusat di Malaysia yang didakwa dikawal oleh isteri Abdul Razak.

Abdul Razak adalah penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2000 dan 2008 yang merupakan menteri pertahanan pada ketika itu.

Abdul Razak menasihati Najib dalam urusan bernilai RM4.66 bilion berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta daripada unit dermaga laut Perancis DCNI, yang dikaitkan dengan kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia.

Pada tahun 2010, satu siasatan mendedahkan bahawa syarikat Terasasi menerima sejumlah wang yang dikatakan bayaran kerja rundingan dan Abdul Razak merupakan pemegang saham utama Terasasi.

Bayaran berkenaan dikatakan sebagai pendahuluan sogokan bagi urusan berkenaan.

Abdul Razak didakwa di Perancis pada Julai 2017 dengan tuduhan bersubahat secara aktif dan pasif dalam rasuah dan penyalahgunaan aset korporat. – Sinar Harian

Tags: Abdul Razak BagindaPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd