• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghormatan Google Buat Sudirman

oleh
25/05/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah hampir 27 tahun meninggal dunia, namun permata seni tanah air, Sudirman Arshad kekal diingati sehingga kini.

Buktinya, laman carian terbesar internet, Google hari ini memaparkan ‘doodle’ atau illustrasi khas di halaman utamanya sebagai tanda memperingati ulang tahun kelahiran ke 65 permata seni negara itu yang jatuh pada hari ini, 25 Mei.

Paparan illustasi itu menunjukkan Allahyarham Sudirman sedang mendepakan tangan ketika membuat persembahan di atas pentas, satu lakaran yang cukup mengimbau nostalgia.

Penghormatan oleh Google hari ini pasti menambah kerinduan peminat kepada Allahyarham, tambahan lagu-lagu dendangannya seperti Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan Balik Kampung kini kerap diputarkan di corong radio, pada saat umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Generasi silih berganti, namun keistimewaan dan keikhlasan anak jati Temerloh, Pahang ini dalam menghiburkan peminatnya setiap kali beraksi di atas pentas akan kekal diingati kita semua.

Dilahirkan pada tahun 1954, cukup banyak kenangan manis, lagu mengusik jiwa dan aksi mencuit hati yang ditinggalkan Sudirman untuk hiburan kita semua sebelum beliau pulang bertemu penciptanya pada tanggal 22 Februari 1992.

Tags: googleGoogle DoodleSudirman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Beriltizam Teruskan Legasi Sifat Sultan Ahmad Shah

Next Post

Parasite Menang Filem Terbaik Cannes

Related Posts

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

PM Bermesyuarat Dengan Google Hari Ini

06/05/2024
0

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5) di negara ini minggu lalu, Datuk Seri...

Next Post

Parasite Menang Filem Terbaik Cannes

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd