• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysiakini Putar Belit Sejarah Peristiwa 13 Mei

oleh
14/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dewan Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap portal berita Malaysiakini yang didakwa telah memutarbelitkan fakta sejarah serta memanipulasikan peristiwa 13 Mei 1969.

Perkara itu merujuk kepada siaran bertajuk ‘13 Mei, moga tak berulang: Rusuhan 1969 yang mengubah Malaysia’, justeru menggesa artikel berkenaan dipadamkan.

Ketuanya, Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, huraian sejarah yang salah akan membangkitkan amukan sesetengah kaum kerana merasakan kelompok mereka dipersalahkan dan ditindas.

Sehubungan itu katanya, Malaysiakini seharusnya bertindak lebih berilmiah dan membawa elemen-elemen pengajaran berbanding menabur benih perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Huraian (tersebut) hanya membawa kepada naratif salah faham perkauman semata-mata tanpa menjelaskan faktor-faktor lain seperti Dasar Pecah dan Perintah yang dibawa oleh British serta perbezaan sistem aliran pendidikan era 50-an.

“Selain itu, perbezaan agama dan budaya, tertubuhnya banyak persatuan berasaskan kaum dan longgar semangat kontrak sosial, inilah yang telah meningkatkan lagi suhu ketegangan kaum pada waktu itu dan ia seharusnya diteladani dan diinsafi sekalian rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Faisal menyelar sekeras-kerasnya tindakan portal berkenaan yang didakwanya sebagai lidah tidak rasmi proDAP, ekoran sudah acap kali mencetuskan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Menurut beliau, peristiwa 13 Mei merupakan isu sangat sensitif, justeru ubahan fakta sejarah dan rujukan yang bernafsu memenangkan satu kaum serta memburukkan kaum lain tanpa huraian ilmiah akan menatijahkan keretakan perpaduan kaum.

“Malaysiakini perlu terkehadapan dengan hujah dan fakta mutawatir, bukannya dengan auta yang membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

“Portal berita seperti ini tidak pernah serik menggoncang atmosfera politik Malaysia dengan berita murahan dan fitnah seperti ini, jadi layaklah dipanggil sebagai batu api,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: 13 MeicinaDAPKampung BaruMalaysiakiniMelayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd