• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Myanmar Mengamuk Mahu Bakar Stesen Minyak

oleh
23/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pelanggan sebuah stesen minyak di Chukai di sini gempar selepas seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki berada di bawah pengaruh dadah mengamuk dan mengugut mahu membakar premis tersebut malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.30 malam itu dipercayai berpunca selepas elaki warga asing disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia dalam lingkungan 30-an itu berang tidak menerima teguran pelanggan lain kerana mahu menyalakan rokok di kawasan stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek yang bekerja di sebuah pasar raya berdekatan mengamuk selama hampir setengah jam sebelum berjaya ditangkap sekumpulan beberapa pelanggan lain.

“Kejadian berpunca selepas lelaki asing itu ditegur ketika mahu menyalakan sebatang rokok di kawasan stesen minyak tersebut.

“Dia naik berang dan bertindak agresif mahu menghayunkan satu hos pam minyak untuk memukul orang ramai yang berhampiran dengannya,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.

Mohd. Said berkata, suspek kemudiannya mengancam mahu membakar stesen minyak berkenaan sehingga mencetuskan kegemparan dengan sebahagian besar pelanggan panik melarikan diri. – K! ONLINE

Tags: bakar stesen minyakmengamuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Bumbung Stesen Minyak Runtuh Dilanggar Treler Di Kulim

Bumbung Stesen Minyak Runtuh Dilanggar Treler Di Kulim

27/12/2025
0

KULIM: Sebuah bumbung stesen minyak di kawasan Sungai Ular, di sini, runtuh selepas dilanggar sebuah treler ketika kenderaan berat itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd