• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Desa Ditutup Kerana Gangguan Makhluk Halus?

oleh
07/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengalami episod aneh yang berulang sejak 2007, sebuah klinik di Hulu Selangor ditutup sementara sebagai langkah untuk melakukan usaha pemulihan.

Berdasarkan sekeping notis yang tular di laman sosial, klinik berkenaan, Klinik Desa Gesir Tengah ditutup ekoran gangguan yang berlaku sejak sekian lama.

Menurut kandungan pada notis yang dikeluarkan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Siti Rohana Saad itu, walaupun pelbagai usaha pemulihan telah dilakukan namun, gangguan tersebut masih berterusan hingga memaksa langkah penutupan perlu dibuat.

Notis bertarikh 28 Mac 2019 itu turut memaklumkan, kejadian aneh tersebut sering berlaku setiap kali adanya urusan perkhidmatan oleh pihak klinik kepada pesakit malah, pesakit yang mendapatkan rawatan juga turut diganggu.

Disebabkan perkara yang berlaku tidak berkesudahan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah membuat keputusan untuk memberhentikan sementara operasi di klinik berkenaan.

Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut juga dipindahkan dan mereka perlu membuat temujanji di Klinik Kesihatan Sungai Selisek yang jaraknya kurang lima kilometer dari Klinik Desa Gesir Tengah.

Notis penutupan klinik terbabit juga sudah diedarkan kepada penduduk berserta nombor telefon untuk dihubungi jika terdapat sebarang masalah.

Tindakan lanjut serta pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu turut dimaklumkan pada notis tersebut. – MalaysiaGazette

Tags: klinik desamakhluk halus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Tetabuan Bakal Terima Klinik Desa

10/10/2018
0

BELURAN - Pulau Tetabuan dekat sini yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk dengan majoritinya bekerja sebagai nelayan akan menerima sebuah klinik...

Pakar Makhluk Halus Di Mahkamah Syariah?

05/07/2018
0

UNIK... Pengalaman dan kemahiran pakar perubatan alternatif Islam berkaitan sihir atau gangguan makhluk halus mungkin perlu bagi bantu pro­ses pembuktian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd