• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Polis Negara Serah Tugas Esok

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berubah esok apabila pegawai turus pasukan keselamatan negara itu akan bersara wajib.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) pada 4 September 2017 dijadual bersara pada Jumaat ini dan yang menjadi percakapan atau tumpuan sekarang ialah siapa bakal memegang tampuk pemerintahan jawatan nombor satu di Bukit Aman itu.

Jika mengikut hierarki, hampir pasti jawatan itu bakal diisi oleh orang nombor dua dalam PDRM sekarang iaitu Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang kini adalah Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang memangku jawatan itu sejak 15 Mac lepas apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bersara wajib pada tarikh yang sama.

Malah, semalam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan Abdul Hamid dicadangkan sebagai Ketua Polis Negara ke-12 yang baharu.

Menurut sumber Bukit Aman, majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Negara akan diadakan esok di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) manakala pada sebelah petang pula akan diadakan upacara paluan berundur pegawai tertinggi PDRM.

Jika semua berjalan seperti dijadual, mata akan bertumpu kepada individu yang bakal mengisi jawatan nombor dua PDRM yang kosong sekiranya Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Antara nama-nama yang disebut sebagai Timbalan Ketua Polis Negara ialah Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Jika Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara, ia seolah-olah memenuhi tradisi kepimpinan tertinggi PDRM yang menyaksikan kebanyakan jawatan itu diisi oleh pegawai tertinggi daripada Cawangan Khas.

Ia dapat dilihat daripada bekas KPN ketiga iaitu Tan Sri Abdul Rahman Hashim; bekas KPN keempat, Tun Mohammed Hanif Omar; bekas KPN kelima, Tan Sri Abdul Rahim Noor serta bekas KPN keenam, Tan Sri Norian Mai.

Kecuali bekas KPN pertama, Tan Sri Sir Claude Fenner; bekas KPN kedua, Tun Mohamed Salleh Ismael; bekas KPN ketujuh, Tan Sri Mohd Bakri Omar dan bekas KPN kesembilan, Tan Sri Ismail Omar yang bukan daripada kepimpinan Cawangan Khas.

Mohamad Fuzi yang merupakan KPN ke-11 juga mempunyai latar belakang daripada Cawangan Khas.

Beliau yang dilahirkan pada 4 Mei 1959 di Parit, Perak mula memasuki perkhidmatan PDRM sebagai Kadet ASP pada 8 Januari 1984.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya ialah Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada 1998 hingga 2005; Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman pada 2007 hingga 2009; Pengarah Pasukan Petugas Khas (Counter Terrorism) Bukit Aman pada 2009 hingga 2014; dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada 2015 hingga 2017.

Tags: Abdul Hamid BadorKetua Polis NegaraMohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perbicaraan Kes 1MDB Tangguh Kali Kedua

Next Post

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kemudiannya Menyusut

Related Posts

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

Lelaki Warga Israel Disambung Reman 7 Hari

Kertas Siasatan Dr Akmal Dijangka Siap Dalam Tempoh Tujuh Hari – KPN

07/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Polis kini sedang melengkapkan siasatan berhubung kes yang dilaporkan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, sebelum...

Next Post

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kemudiannya Menyusut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd