• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pengarah Yapeim Digantung Tugas

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengumumkan tindakan penggantungan sementara tugas Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkuat kuasa hari ini untuk membolehkan siasatan yang menyeluruh berkenaan dakwaan salah laku dapat dijalankan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, sepanjang penggantungan tersebut, tugas-tugas Ketua Pengarah akan dipangku oleh Pengarah Kanan Yapeim, Parihah Hasan.

Kata Mohd. Daud, Parihah adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan merupakan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Strategik Yapeim.

“Sepanjang penggantungan tersebut, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau (Abibullah) untuk hadir bagi memberikan keterangan dan membantu siasatan berkenaan dakwaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada minggu lalu, Lembaga Pemegang Amanah Yapeim baharu yang dilantik sejak November tahun lalu memberitahu, telah mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan terdahulu.

Yapeim dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada minggu ini bagi menjawab segala persoalan berkaitan yayasan itu serta mendedahkan laporan lengkap hasil daripada audit dan semakan tadbir urus yang dilakukan firma bebas, PriceWaterhouseCoopers (PwC).

Tags: Abibullah Samsudinyapeim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

80 Asnaf Terima Sumbangan Daripada YaPEIM

02/06/2022
0

Kuala Lumpur : Seramai 80 asnaf menerima sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi meringankan beban serta sempena...

“PH Kantoi Fitnah Tapi Tak Pernah Minta Maaf” – Najib

05/07/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini memfitnah dirinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd