• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ihsan Perdana Terima RM50 Juta Untuk Program CSR

oleh
15/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-36 perbicaraan SRC International hari ini mendedahkan syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. (IPSB) telah menerima dana sebanyak RM50 juta antara 2014 Disember dan Februari 2015.

Dana itu daripada Syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. yang juga merupakan subsidiari SRC International Sdn. Bhd. manakala IPSB pula syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC.

Saksi, Aishah Ghazali merupakan bekas eksekutif akauan IPSB yang sebelum itu dikenali sebagai Gem Horizon Sdn. Bhd. menerima bayaran itu bagi mengendalikan aktiviti serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Beliau mengesahkan angka itu ketika menjawab soal balas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Ardin Kamarul, mengenai kemasukan wang sebanyak RM50 juta ke akaun Affin Bank melalui tiga transaksi.

Ketika memberi keterangan Aishah berulang kali menekankan bahawa beliau hanya bekerja di bawah arahan pihak atasan seperti Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anuar Sulaiman dan Pengarah Kewangan, Datuk Haji Abdul Aziz.

Aishah juga mendedahkan sebanyak RM42 juta dipindah dari akaun Affin Bank milik Ihsan Perdana ke dua akaun Ambank milik Datuk Seri Najib Tun Razak antara Disember 2014 dan Februari 2015.

“Saya sahkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta dipindah dari akaun IPSB kepada akaun penerima di Ambank atas arahan Shamsul Anwar yang bertujuan untuk program CSR.

“Sebagai pegawai kanan syarikat itu, saya hanya mengikut arahan,” ujarnya.

Keterangan Aishah selari dengan pendedahan Pengurus Ambank cawangan Raja Chulan, R Uma Devi sebelum yang mengatakan transaksi itu pernah berlaku. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakProgram CSRSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenyataan Daim Tidak Tepat, Tersasar – Khaled

Next Post

Inkues Dipertonton Demonstrasi Van EMRS Mengundur

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

Inkues Dipertonton Demonstrasi Van EMRS Mengundur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd