• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harus Bukan Islam Agih Bantuan Zakat – Mufti P.Pinang

oleh
30/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, dari sudut fekah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.

“Ini hanya yang berkaitan dengan mu’amalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.

“Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain,” katanya pada majlis Iftar dan Pembayaran Zakat Perniagaan di sini.

Beliau mengulas tentang gambar berkaitan agihan zakat kepada golongan asnaf oleh beberapa wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang yang tular dalam media sosial.

Katanya, Zakat Pulau Pinang (ZPP) hanya menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk menerusi wakil-wakil rakyat Islam dan bukan Islam untuk disampaikan kepada golongan asnaf.

“Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu. Sebagai mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh temeh seperti ini.

“Sebaliknya perlu lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal yang lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan umat agar mencapai kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, lima syarikat termasuk sebuah koperasi telah membayar zakat perniagaan kepada ZPP yang diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.

Syarikat itu ialah Agro Bank (Haul 2017) dengan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM40,000, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Haul 2018) sebanyak RM159,304.08, Etiqa General Takaful Bhd. dan Etiqa Family Takaful Bhd. (Haul 2018) sebanyak RM357,300, Maybank Islamic Berhad (Haul 2018) sebanyak RM660,398.49 dan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (Haul 2018) sebanyak RM1,098,809.54.

Keseluruhan jumlah zakat perniagaan yang diterima ZPP pada hari ini ialah RM2,315,812.11.

Tags: bukan IslamDAPMufti Pulau PinangZakat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya Import Plastik Bersih Dibenarkan – JAS Selangor

Next Post

SPRM Bakal Guna Undang-Undang Baharu Dakwa Syarikat

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

SPRM Bakal Guna Undang-Undang Baharu Dakwa Syarikat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd