• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Mendung Tak Halang 5,000 Hadiri Himpunan 405

oleh
04/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun cuaca mendung dan menunjukkan tanda-tanda hendak hujan tidak menghalang hampir 5,000 peserta pelbagai peringkat umur untuk berhimpun pada Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan berhampiran Kompleks Sogo di sini, hari ini.

Kesemua peserta dilihat bersabar menunggu pada perhimpunan itu dan sepakat mengenakan pakaian serba putih yang melambangkan kesucian Islam.

Himpunan bermula dari Masjid Jamek Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi dan para peserta turut menunaikan solat Zuhur secara berjemaah.

Kemudiannya, perarakan bermula dari masjid berkenaan sehingga ke pekarangan Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran Kompleks Sogo.

Laungan takbir gema berkumandang di sepanjang perarakan diadakan serta diselangi slogan;

“Hidup hidup!, hidup Islam!, bangkit bangkit!, bangkit ummah!”

Penganjur yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan itu diadakan bagi menyatakan kekesalan susulan beberapa insiden yang menghina Islam, Melayu dan kedaulatan Perlembagaan.

“Islam seolah-olah cuba dicabar. Maka, kita perlu bangkit pertahankan kedudukan Islam dan Melayu Bumiputera seperti mana ada dalam Perlembagaan.

“Himpunan kali ini menghimpunkan tokoh-tokoh negara daripada pelbagai latar belakang untuk kita keluarkan satu seruan agar umat Islam perlu bersatu pertahankan hak kita,” katanya.

Menurutnya, himpunan itu menyenaraikan tiga perkara penting dalam deklarasi yang akan dibawa ke seluruh negara.

“Pertama, umat Islam takkan biarkan Islam dirobek di negara kita. Kedua, kita mahu kerajaan hari ini menghentikan dasar-dasar yang merugikan kedudukan Islam, Bahasa Melayu dan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Ketiga, kita nak buat deklarasi supaya kita berdiri teguh di belakang Majlis Raja-raja Melayu dalam mempertahankan Islam di negara kita. Tiga deklarasi penting ini kita bawa balik ke negeri masing-masing untuk kita kembangkan kepada kawan-kawan dan saudara kita,” katanya.

Selain NGO, himpunan yang berlangsung aman itu turut mendapat sokongan parti politik UMNO, PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Antara pemimpin yang hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini merupakan himpunan kedua terbesar anjuran Ummah selepas Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember tahun lalu.

Himpunan yang sepatutnya berlangsung sehingga jam empat petang itu bagaimanapun berakhir 45 minit lebih awal berikutan cuaca hujan.

Tags: Himpunan Daulat 405PASUmmahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd