• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpolitik Dalam Masjid Perbuatan Biadab – Sultan Johor

oleh
16/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor bertitah, perbuatan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang berucap dalam Masjid Tenang Stesyen, Labis, pada 10 Mei lalu sebagai baidab, tidak beretika dan tidak boleh diterima sama sekali.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perbuatan itu jelas meremehkan pegangan dan amalan agama Islam yang dibina sejak zaman berzaman di negeri ini selain mempunyai kepentingan tertentu walaupun sudah dimaklumkan tidak boleh berpolitik dalam masjid.

“Tindakan Ahli Parlimen Labis ini telah mendatangkan rasa kurang senang, kecewa yang amat mendalam dan menimbulkan bantahan umat Islam setempat serta umat Islam di Negeri Johor Darul Ta’zim.

“Perbuatan Ahli Parlimen tersebut dan mereka yang bertanggungjawab menganjurkannya telah mengguris perasaan umat Islam terutama dalam bulan Ramadan yang mulia ini di mana umat Islam dianjurkan untuk berkasih sayang dan mengelakkan perpecahan serta merapatkan saf dan perpaduan.

“(Ini) pencabulan serius terhadap kesucian masjid sekali gus menggugat kedudukan Islam sebagai agama Negeri Johor Darul Ta’zim. Pelanggaran sempadan yang telah saya sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor gariskan sebelum ini apatah lagi larangan ini baharu sahaja saya tegaskan semula melalui Pekeliling Majlis Agama Islam Negeri Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di sini sebentar tadi.

Titah Baginda, wujud pemimpin politik yang tidak sensitif terhadap undang-undang, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang berkuat kuasa dalam negeri ini.

“Saya yakin Ahli Parlimen tersebut dan pihak-pihak yang ada berkepentingan akan menafikan bahawa mereka telah berucap berkaitan politik di dalam majlis tersebut,” titah Sultan Ibrahim.

Sultan Johor bertitah, masjid adalah zon bebas politik yang merupakan tempat bagi mereka yang mahukan ketenteraman jiwa dan suasana damai bagi mendekatkan diri kepada Allah tanpa adanya unsur politik yang mendukung parti-parti tertentu di dalamnya.

“Anda boleh sahaja bercakap politik dan berbeza pegangan politik dari pagi hingga malam, dari kedai kopi ke hotel, dari tepi jalan ke puncak gunung bagi meraih sokongan tapi bukan di dalam masjid yang suci itu.

“Saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa kesucian masjid di Johor sentiasa terjaga dan bagi memastikan kesucian masjid itu, saya mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan kaedah dan mekanisma bagi memastikan masjid di Johor sentiasa dilimpahi dengan keredaan dan keampunan Allah serta ketenangan, kedamaian tanpa hiruk pikuk politik,” titah Baginda lagi.

Sultan Johor bertitah, perkara itu selaras dengan kehendak Fasal 96(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Tags: masjidPang Hok LiongSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bunuh Jururawat: Lelaki Pakistan, Wanita Nigeria Ditahan

Next Post

“Gambar Cium Itu Gambar Lama Kami!”

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

"Gambar Cium Itu Gambar Lama Kami!"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd