• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah MKN Terkejut Ada Kem Di Wang Kelian

oleh
14/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Perlis, Safrul Faiz Abd Satar berkata, beliau sangat terkejut sewaktu mengetahui tentang kewujudan kem penyeludupan manusia di Wang Kelian, Perlis.

Beliau berkata, penemuan kem itu tidak pernah berlaku di Perlis dan pendatang asing tanpa izin (Pati) tidak akan menggunakan laluan sukar untuk masuk ke negeri itu.

“Mereka lebih tumpu kawasan landai dan lebih mudah akses kenderaan dari negara jiran (Thailand),” katanya dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penyelupan manusia dan kubur besar di Wang Kelian, Perlis.

Safrul merupakan saksi ke-25 dalam pendengaran awam yang diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya yang memasuki hari ke-9 hari ini.

Saksi tampil memberi keterangan di depan 7 panel RCI yang diketuai bekas ketua hakim negara, Arifin Zakaria selaku pengerusi.

Sebelum itu, Safrul berkata, berdasarkan statistik yang diterima daripada pihak Imigresen pada 2010 menunjukkan kemasukan Pati ke Perlis tidak begitu ketara.

Beliau berkata, sejak 2010 secara amnya kemasukan Pati adalah mendatar, iaitu tiada peningkatan atau pengurangan ketara.

“Selepas 2013 didapati pendatang asing dari Myanmar ada sikit peningkatan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan diambil adalah dengan meningkatkan kerjasama dan melipat gandakan usaha menanganinya.

Dalam pada itu, Safrul berkata, terdapat 3 kawasan utama di Perlis yang tidak ada pos kawalan.

“Keseluruhan kawasan Perlis kebanyakan kawasan tidak berpagar yang kami klasifikasikan sebagai kawasan sukar ditembusi, iaitu ia jauh dari penduduk dan berada dalam kawasan hutan simpan kekal,” katanya.

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 147 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, di sempadan Malaysia-Thailand. – FMT

Tags: MKNpemerdagangan manusiaRCIwang kelian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd