• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas KP Perisikan Luar Dikenakan Waran Tangkap

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid yang dituduh melakukan pecah amanah wang kerajaan, kerana tidak hadir pengurusan kesnya hari ini.

Waran itu dikeluarkan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mahadhir Mohd Khairudin membuat permohonan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Hasanah, 61, kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan.

“Tertuduh tidak hadir, beliau (sebelum ini) telah dilepaskan dengan jaminan dan 2 penjamin. Bagaimanapun, tertuduh dan kedua-dua penjaminnya tidak hadir serta tiada apa-apa arahan dari mahkamah berhubung ketidakhadiran itu. Pohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Mahadhir.

Peguam, Nur Aifaa Mohd Zain yang mewakili Hasanah memohon maaf kepada mahkamah kerana beliau gagal memaklumkan tertuduh mengenai prosiding hari ini.

“Saya memohon maaf atas kesilapan saya sebagai peguam, saya harus memaklumkan anak guam saya untuk hadir, tetapi saya gagal untuk memaklumkan. Saya berharap anak guam saya tidak menerima sebarang kesan atas tindakan saya.”

Hakim kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan waran tangkap serta notis kepada penjamin.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media, waran tangkap itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh dan 2 penjaminnya hari ini.

Aifaa pula memberitahu berlaku salah faham kerana pihaknya beranggapan tiada prosiding hari ini kerana tarikh perbicaraan kes itu yang akan bermula 3 Februari 2020, sudah ditetapkan prosidingnya pada 17 April lalu.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam, iaitu ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu hingga 9 Mei 2018 di pejabatnya di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Tags: Hasanah Abdul HamidMEIOwaran tangkap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Brunei Pulangkan Ijazah Kehormat Oxford

Next Post

Peniaga Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Next Post

Peniaga Tidak Mengaku Bakar Kereta Mufti Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd