• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Barisan Nasional Tidak Macam Ni”

oleh
30/05/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekumpulan orang kurang upaya (OKU) hari ini berhimpun di depan bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini bagi meluahkan rasa kecewa mereka terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mereka tidak prihatin dengan golongan tersebut.

Kumpulan terdiri daripada hampir 20 orang aktivis OKU itu telah menyerahkan satu memorandum kepada wakil kementerian yang antara lain menggesa Kerajaan PH supaya menghormati dan melayan golongan berkenaan.

Jurucakap kumpulan terbabit, Anthony Thanasayan, 59, berkata, setelah setahun pentadbiran, kerajaan dilihat masih gagal mengadakan usaha libat urus yang bermakna dengan aktivis dan wakil komuntiti OKU bagi mendengar dan menyelesaikan masalah mereka, berbanding ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“BN tidak macam ni. Saya bukanlah penyokong BN tetapi semasa kementerian di bawah Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, kita dapat lihat bahawa beliau sentiasa mengutamakan kami sebagai OKU. Malah, beliau membatalkan mesyuaratnya untuk berjumpa dengan kami.

“Kerajaan kini tidak buat apa-apa perubahan, justeru, kita minta kerajaan supaya janganlah mengabaikan kami. Hari ini kami datang untuk bertemu dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya tetapi kecewa kerana tidak dapat berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum berkenaan.

Terdapat dalam kalangan aktivis OKU yang hadir menyatakan kekecewaan mereka terhadap sebuah kereta tanpa pelekat khas OKU yang kebetulan diletakkan di tempat meletak kenderaan golongan berkenaan di bangunan tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari Malaysia (ILTC Malaysia), G. Francis Siva berkata, Majlis Kebangsaan bagi OKU juga perlu lebih banyak mengetengahkan suara golongan itu sebagai pihak pemegang taruh utama.

Tambahnya, golongan OKU mempunyai pelbagai isu yang membelenggu mereka dan isu-isu itu boleh diselesaikan menerusi sesi-sesi rundingan yang lebih kerap termasuk bagi setiap enam bulan.

“Kita mahu pihak kementerian melihat dasar ini. Kita tidak mahu pihak-pihak akademik yang ramai di dalam majlis itu tetapi mahu golongan akar umbi seperti pemimpin-pemimpin pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka memilih orang-orang yang salah (dalam majlis itu) yang tidak membawa perubahan kepada kami. Kini PH mahu memilih kumpulan baharu jadi, pilihlah mereka yang betul,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, menteri dan timbalannya perlu memohon maaf kerana tidak dapat berjumpa dengan mereka hari ni dan sekiranya enggan berbuat demikian, pihaknya dengan kumpulan lebih besar akan ke Parlimen untuk melakukan protes.

Dalam isu berkaitan, Francis memuji kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa semua sekolah akan dilengkapi kemudahan mesra OKU menjelang 2020 namun meminta pihak terlibat memeperincikan tindakan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tags: OKUorang kurang upayapakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd