• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahan NUF Lynas Mampu Jimatkan Jutaan Ringgit

oleh
08/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mampu menjimatkan jutaan ringgit dengan menggunakan bahan Neutralisation Underflow Residue (NUF) yang dihasilkan dalam negara ini oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. bagi menggantikan bahan gipsum yang diimport oleh industri pembinaan tempatan.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad berkata menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia mengimport lebih satu juta tan bahan gipsum bernilai US$31.06 juta (RM128 juta) pada tahun lepas.

“Satu daripada keluaran sampingan Lynas Malaysia ialah NUF, gipsum sintetik yang kaya dengan magnesium, bukan radioaktif, tidak beracun dan tidak berbahaya dan secara kimianya sama dengan gipsum yang diimport ke Malaysia.

“Dengan menggunakan gipsum yang dihasilkan di dalam negara oleh Lynas, kerajaan boleh menyampaikan nilai ekonomi kepada negara dan mengurangkan kebergantungan kepada negara lain untuk mengimport bahan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mashal berkata kajian dan penyelidikan juga mengenal pasti pelbagai kegunaan NUF dan Lynas telah didekati beberapa syarikat di Malaysia mengenai penggunaan komersial bahan NUF.

Ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) yang melihat kepada pengurusan sisa secara keseluruhan dan negeri-negeri menggunakan sisa sebagai satu sumber yang memberikan nilai ekonomi dan mengelakkannya daripada ke tapak pelupusan sampah kepada penggunaan yang lebih produktif.

Selain NUF, loji Lynas juga menghasilkan residu ‘Water Leached Purification’ (WLP). Setakat Disember 2018, sisa WLP yang terkumpul di loji Lynas adalah 451,564 tan metrik sementara sisa NUF pula adalah 1.113 tan metrik.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Mashal mengulas laporan media bahawa kerajaan Australia Barat tidak akan menerima kemasukan import WLP ke Australia Barat berikutan undang-undang yang tidak menerima sisa lombong dari seberang laut.

“Adalah tidak benar untuk mencadangkan keputusan kerajaan Australia Barat berkaitan kepada bahan Lynas sahaja, atau Australia tidak akan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi,” katanya.

Baru-baru ini Lynas berkata ia memikirkan pemprosesan alternatif menggunakan kaedah peretakan dan pencucian berdekatan lombongnya di Australia Barat dan syarikat itu sebelum ini telah menerima kelulusan untuk memproses bahannya di Australia, katanya.

Tags: LynasNUF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SKMM Nafi Intip Telefon Individu Tertentu

Next Post

PMO Nafi Kerajaan Beri Tanah Kepada Zakir Naik

Related Posts

AELB Nafi Lynas Mohon Kekal Kemudahan Larut Lesap Di Kuantan

18/05/2022
0

Syarikat pelombong Australia, Lynas, dikatakan meminta kerajaan untuk mengetepikan syarat penting dalam lesen operasi untuk mereka yang akan tamat pada...

Lynas Terima Lampu Hijau Kabinet

14/02/2020
0

PETALING JAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun....

Next Post

PMO Nafi Kerajaan Beri Tanah Kepada Zakir Naik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd