• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azian Lebih Banyak Cakap ‘Tiada Komen’

oleh
29/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif pertama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Datuk Azian Mohd Noh dilihat lebih banyak menjawab no comment dan I cant answer that ketika sesi soal balas prosiding SRC International hari ini.

Azian yang juga saksi ke-38 ketika disoal beberapa kali oleh peguam bela, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tentang prosedur KWAP dalam meluluskan permohonan pinjaman antara tahun 2011 dan 2012 oleh SRC International melibatkan dana sebanyak RM4 bilion.

Banyak jawapan saksi yang sama itu hanya seperti ‘tidak ingat’, ‘tidak mahu komen’ dan ‘tidak pasti’.

Azian sebaliknya menjelaskan beliau tidak ‘mampu’ memberikan jawapan terhadap soalan-soalan tersebut kerana mungkin itu hanya sekadar pendapat peribadi dan tidak berpengalaman dalam perkara tersebut.

Ketika diminta mengapakah beliau atau anggota KWAP yang lain tidak meminta SRC mengemukakan permohonan secara formal dan mengikut piawaian syarikat, Azian berkata beliau tidak pasti.

Apabila diminta oleh peguambela adakah menjadi satu kebiasaan dalam KWAP meluluskan permohonan pinjaman berdasarkan jaminan kerajaan sebelum mendapatkan surat jaminan itu sendiri, Azian enggan menjawab dengan memberikan alasan itu sekadar pendapat peribadinya.

“Saya tidak boleh ulas tentang soalan ini. Itu akan menjadi seolah-olah pendapat saya sahaja.

“Kami bersetuju untuk membiayai pinjaman berdasarkan surat jaminan dari pegawai Kementerian Kewangan dan dalam surat tersebut menyatakan bahawa Kabinet telah meluluskan jaminan tersebut.

“Ianya hanya ideal seandainya kita telah mendapatkan jaminan daripada kerajaan terlebih dahulu sebelum memberikan pinjaman itu, jaminan mengurangkan risiko kami sifar,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Anak Syarikat Nafas Dihentikan Sementara

Next Post

Bank Negara Sangkal Malaysia Manipulasi Mata Wang

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

Next Post

Bank Negara Sangkal Malaysia Manipulasi Mata Wang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd