• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16.2% Responden Beritahu Keadaan Kewangan Merosot

oleh
25/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kaji selidik yang dijalankan UCSI Poll Research Centre mengenai indeks sentimen pengguna baru-baru ini mendapati 16.2 peratus responden memberitahu bahawa aspek kewangan mereka menjadi semakin buruk sejak 12 bulan lepas.

Indeks itu juga menunjukkan bahawa hampir 100 peratus daripada 531 penduduk di Kuala Lumpur yang disoal berpendapat bahawa keadaan ekonomi semasa menjadi punca yang yang menghalang pertumbuhan ekonomi mereka.

Kaji selidik yang julung kalinya dijalankan di Malaysia itu menunjukkan bahawa 52.2 peratus responden mencatatkan pertumbuhan kewangan sifar sejak 12 bulan lepas.

Bagaimanapun 31.6 peratus responden lagi berkata keadaan kewangan mereka kini lebih baik berbanding setahun yang lepas.

“Faktor-faktor yang terdapat dalam pendekatan kualitatif yang mempengaruhi sentimen negatif mereka berbeza-beza – dari kos hidup yang tinggi, pertumbuhan gaji yang rendah, ketidaksamaan pekerja mahir dalam pasaran buruh, kepada pengagihan pendapatan yang dianggap negatif,” kata Ketua Eksekutif Kaji Selidik itu Prof. Madya Dr. Noppadon Kanika.

Ditanya mengenai jangkaan mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang, 47.1 peratus responden merasakan keadaan kewangan mereka tidak akan berubah; 34.6 peratus pula menjangka keadaan akan menjadi lebih baik, dan 18.3 peratus lagi meramalkan keadaan akan bertambah buruk.

Dr. Noppadon berkata, majoriti responden menjangka para pelabur dan ahli perniagaan akan menikmati perkembangan yang positif di tahun akan datang.

Pendekatan kualitatif dan kuantitatif UCSI Poll Research Centre dijalankan antara 13 dan 22 Mei, melibatkan sampel 531 orang yang tinggal di Kuala Lumpur.

Tags: Ekonomikaji selidikKewanganpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd