• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Mei: Malaysiakini Cuba Pertikai Laporan Mageran

oleh
15/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Portal Malaysiakini terus dikecam susulan laporannya mengenai tragedi 13 Mei yang dianggap cuba mempertikaikan Laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta mengelirukan rakyat menerusi maklumat tidak sahih.

Hal itu turut mengundang rasa tidak senang sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan tujuan sebenar Malaysiakini berusaha mengumpul maklumat lisan dan didakwa mengeluarkan artikel berbau hasutan berhubung peristiwa 50 tahun lalu.

Ketuanya, Burhanuddin Ruslan berkata, apa yang dilakukan Malaysiakini tidak lagi releven pada masa ini kerana kejadian itu sudah separuh dekad berlalu dan ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sudah meninggal dunia.

“Malah mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak mungkin boleh mengingati sepenuhnya peristiwa yang telah berlaku pada 50 tahun lalu.

“Usaha yang dibuat oleh Malaysiakini seolah-olah cuba mempertikaikan Laporan Mageran yang telah menjadi rekod rasmi negara berhubung peristiwa 13 Mei dan cuba mengelirukan rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak sahih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lalu sempena 50 tahun rusuhan 13 Mei, Malaysiakini telah menyiarkan artikel bertajuk “Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang” yang didakwa mempunyai unsur provokasi serta membawa naratif negatif kepada orang Melayu.

Artikel tersebut kemudian menerima banyak kritikan dan kecaman terutama berhubung motif penyiaran dan tajuk artikel tersebut.

Mungkin menyedari kritikan dan kecaman yang diterima, portal tersebut kemudian didapati menukar tajuk artikel tersebut kepada “Gadai nyawa selamatkan jiran pada 13 Mei 1969”.

Wira Perkasa mendesak Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu tanpa membiarkan Malaysia baharu dirosakkan dengan penyebaran laporan seperti itu.

Tambah Burhanuddin, kesan laporan menyebabkan sesetengah pihak menganggap negara tidak berlaku adil terhadap pihak tertentu dengan membandingkan dasar daripada negara-negara luar serta mempertikaikan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Wira Perkasa meminta mana-mana pihak jangan samakan dasar dan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara 153 sebagai penindasan kepada kaum lain. Semua pihak mesti ingat kerakyatan diberikan kepada kaum lain semasa negara ingin mencapai Kemerdekaan adalah bersyarat berdasarkan kontrak sosial.

“Ini bermakna jika mana-mana pihak cuba mengugat Perkara 153 bermakna mereka menggugat kewarganegaraan yang mereka dapat sekarang ini serta mesti diingat keadaan sosial negara Malaysia adalah tidak sama dengan negara-negara lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: 13 MeiMajlis Gerakan NegaraMalaysiakini
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inkues Dipertonton Demonstrasi Van EMRS Mengundur

Next Post

Gesa Hapus Matrikulasi, Gerakan Lebih Daripada DAP

Related Posts

Mahathir Cadang Tubuh MAGERAN Kepada Agong

10/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebuah majlis khas seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) antara cadangan diusulkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sembah...

Ketua Setiausaha Wakili Diri Atau PM? Siapa Tuntut Mageran?

10/06/2021
0

KUALA LUMPUR - “Gaya macam ‘perutusan khas’. Apakah beliau bercakap atas kapisiti individu atau mewakili Perdana Menteri?" Demikian soal ahli...

Next Post

Gesa Hapus Matrikulasi, Gerakan Lebih Daripada DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd