• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Nafi Arah Polis Tangkap Amri, Raymond Koh

oleh
03/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas menteri dalam negeri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau pernah mengarahkan Bukit Aman menahan aktivis Perlis, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh yang hilang sejak 2016.

Ia susulan keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini yang menyalahkan Cawangan Khas Bukit Aman sebagai pihak bertanggungjawab ke atas kehilangan paksa Amri dan Koh.

Zahid yang merupakan menteri dalam negeri dari 2013 hingga 2018 berkata, beliau dan kementeriannya tidak terbabit dalam kehilangan mereka kerana tiada arahan sedemikian dikeluarkan pada 2016 hingga 2017.

“Saya belum melihat laporan Suhakam, namun jika penemuan itu memperlihatkan ada penglibatan pihak ke-3, maka kita harus menghormati laporan berkenaan.

“Pada waktu yang sama, kita harus juga menghormati institusi kepolisan dan dalam perkara ini, sebarang siasatan yang mahu dilakukan harus berdasarkan pendekatan profesionalisme,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Amri ialah pengasas persatuan kebajikan Perlis Hope yang hilang sejak 24 November 2016.

Isterinya, Norhayati Mohd Ariffin dilaporkan berkata, saksi ternampak 5 kenderaan menghalang laluan kereta Toyota Fortuner milik Amri, sebelum beliau dibawa pergi, kira-kira 550m dari rumah mereka di Bukit Chabang, Kangar.

Katanya, seorang pegawai Cawangan Khas dari Perlis, Sarjan Shamzaini Mohd Daud memberitahunya pada malam 12 Mei 2018, Cawangan Khas di Kuala Lumpur yang melakukan penculikan itu.

Ada yang mengatakan Amri menjadi sasaran atas dakwaan kecenderungannya terhadap ajaran Syiah yang dianggap “sesat” oleh pihak berkuasa agama tempatan.

Koh pula diculik sekumpulan lelaki bertopeng dari keretanya di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari 2017, semasa beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya.

Rakaman kamera litar tertutup sebuah rumah berhampiran tempat kejadian menunjukkan lebih 10 lelaki dan sekurang-kurangnya 3 kenderaan hitam terbabit dalam kejadian siang hari itu.

Ramai mengatakan penculikan Koh mungkin ada kaitan dengan dakwaan beliau cuba menyebarkan agama Kristian, walaupun keluarganya menolak dakwaan itu.

Ketua Polis Negara ketika itu, Khalid Abu Bakar menolak dakwaan polis terbabit dalam penculikan Koh.

Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa pada Januari 2018 di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan Koh. Jika sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda boleh dikenakan. – FMT

Tags: Ahmad Zahid Hamidiamri che matraymond koh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tan Sri, Isteri Ditahan Dera Pembantu Rumah

Next Post

Pegawai Penyiasat Sahkan Adib Tak Keluar Van EMRS

Related Posts

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

‘Saya Tak Akan Jadi Pengkhianat’

UMNO Harap Kembali Dominan, Bebas Pilih Rakan Kongsi Politik – Zahid

23/08/2024
0

KUALA LUMPUR: UMNO berharap untuk kembali menjadi parti dominan dan bebas memilih mana-mana parti menjadi rakan kongsi politik yang dapat...

Next Post

Pegawai Penyiasat Sahkan Adib Tak Keluar Van EMRS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd