• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Welson Cipta Rekod Kejohanan Acara 400m Gaya Bebas

oleh
26/04/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Welson Sim mencipta rekod kejohanan dalam acara kegemarannya untuk merangkul emas pertama pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2019 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Perenang dari Sarawak itu mencipta masa 3 minit 50.32 saat bagi memadam rekod 3:53.32s milik Kelvin Yap dalam acara 400m gaya bebas.

Perenang berusia 22 tahun itu berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian itu walaupun catatan masa tersebut ketinggalan 1.03 saat daripada rekod kebangsaan miliknya.

Ditanya mengenai perancangannya, beliau berkata akan memberi tumpuan kepada Terbuka Singapura pada Jun ini sebelum menghadapi kejohanan dunia, sebulan kemudian.

“Saya sedang menjalani latihan di Melbourne, Australia, sejak tiga bulan lalu dan sasaran utama tahun ini adalah untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Terbuka Singapura dan Kejohanan FINA Dunia ke-18, Julai ini,” katanya yang akan kembali ke Melbourne selepas kejohanan di sini.

Sementara itu, catatan masa oleh Welson hari ini turut melepasi masa kelayakan untuk kejohanan dunia dalam kategori B bagi acara 400m gaya bebas iaitu 3:56.14s.

Kejohanan dunia edisi ke-18 akan berlangsung di Gwanju, Korea Selatan dari 12 hingga 28 Julai ini.

Selangor menguasai hari pertama kejohanan dengan merangkul dua pingat emas menerusi acara 4×100 rampaian berganti-ganti lelaki dan wanita diikuti satu emas masing-masing oleh Sarawak dan Johor.

Tags: kejohanan renangperenang negaraWelson Sim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuakan Emas Kedua Untuk Welson Sim

24/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Welson Sim memperbaharui rekod kejohanan selepas berhempas pulas pada 50 meter (m) terakhir untuk menghadiahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd