• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vape, E-Rokok Di Bawah Akta Kawalan Tembakau

oleh
08/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang merangka Akta Kawalan Tembakau yang merangkumi kawalan penggunaan produk tembakau, termasuk rokok elektronik dan vape.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, akta itu turut meliputi bidang penguatkuasaan, penjualan, undang-undang dan hukuman.

Katanya, sebelum ini lesen penjualan rokok elektronik dan vape terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), manakala kandungan nikotin dalam rokok terbabit pula di bawah kementeriannya.

“Kita sedang menyiapkan rang undang-undang dan kami harap ia dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Sebelum ini, penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk di bawah Akta Racun 1952,” katanya.

Tambah beliau, kementeriannya komited untuk melaksanakan akta terbabit kerana ia dapat menjadikan persekitaran lebih sihat.

Mengenai cukai gula, Dr. Dzulkefly berkata pihaknya tidak bercadang untuk mengenakan cukai kepada restoran atau kedai makanan yang menjual air bergula.

“Kita bagaimanapun akan memperincikan mengenai perkara ini. Buat masa ini kita hanya memberi nasihat kepada orang ramai supaya mengurangkan pengambilan gula dalam minuman,” katanya.

Tags: rokok elektroniktembakauvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd