• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang ‘Lese Majeste’ Tidak Perlu – Muhyiddin

oleh
01/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk mewujudkan undang-undang seperti ‘lese majeste’ di Thailand setakat ini bagi melindungi kesucian institusi Diraja daripada dihina dan diserang oleh individu dan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak berbincang mengenai perkara itu kerana berpendapat akta sedia ada mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

“Setakat ini, kami tidak berbincang sama ada keperluan sesuatu akta seperti yang ada di Thailand iaitu undang-undang khas untuk raja-raja seperti lese majeste,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan akta baharu seperti undang-undang Lese Majeste yang diamalkan di Thailand bagi membendung serangan terhadap Institusi Diraja.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata peruntukan di dalam Akta Hasutan 1948 akan diteliti untuk dimasukkan di bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina institusi Diraja.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk melihat kewajaran dan keperluannya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Polis Diraja Malaysia telah menyiasat 97 kes pembuli media sosial yang menghina Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sejak 2012 hingga 29 Mac lepas, dengan 11 individu telah dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pelbagai langkah telah diambil untuk menjamin kes penghinaan tidak berulang antaranya melalui kempen kesedaran bersama orang awam, membuat kajian terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia serta menubuhkan unit pemantau dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontinjen polis.

Tegas Muhyiddin, kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ancaman dan perbuatan dilakukan mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman rakyat.

Tags: Institusi Dirajalese majesteundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd