• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bawa Isu Statut Rom Ke Istana Selangor

oleh
05/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perakuan Statut Rom, yang ditandatangani kerajaan secara diam-diam, yang didakwa bertentangan dengan Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong, akan dibawa ke Istana Selangor untuk tindakan lanjut.

Ini selepas, kerajaan didakwa ‘mencabuli’ Perlembagaan ketika menandatangi perjanjian antarabangsa tersebut kerana mengikut Perkara 38 (4), apa-apa perkara yang menyentuh tentang kuasa sultan harus dibawa dan diperkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam hal Statut Rom kerajaan tidak memaklumkan terlebih dahulu perjanjian itu kepada Majlis Raja-Raja, sedangkan kesannya amat besar ke atas raja-raja terutamanya terhadap Agong.

Katanya, satu memorandum berhubung bantahan dan kebimbangan UMNO terhadap Statut Rom akan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam masa terdekat sebelum disusuli dengan tindakan selanjutnya yang lain.

“Dalam Perlembagaan jelas, jika ada kesalahan yang dilakukan raja-raja Melayu, Perlembagaan memperuntukkan Mahkamah Khas, tetapi dengan menandatangani Statut Rom ini, Mahkamah Khas tidak diperlukan, raja-raja khususnya Agong boleh terus dihadap ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“UMNO Selangor menganggap ini mencabuli kedaulatan kita dan boleh mengundang campur tangan antarabangsa terutamanya yang melibatkan kepentingan kita,” katanya dalam sidang akhbar bagi menyatakan pendirian UMNO negeri berhubung isu tersebut, di sini hari ini.

Semalam, pembangkang turut menyerahkan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof bagi mendesak kerajaan menarik balik perjanjian berkenaan, selain membenarkan ia dibahaskan di Parlimen.

Persoalan tentang kewajaran kerajaan bertindak menandatangani Statut Rom mula dibangkitkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail tetapi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan hanya akan menerima perkara baik dari perjanjian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tags: Istana SelangorStatut RomUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd