• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tukarlah… Kami Tetap Ingat BR1M, Klinik 1Malaysia”

oleh
20/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Selepas hampir setahun memerintah, antara ‘pencapaian’ terbaik Pakatan Harapan (PH) yang selalu menjadi sindiran dan bualan orang ramai di media-media sosial adalah gemar menjenamakan semula idea-idea atau projek kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Antara idea-idea kerajaan BN yang disifatkan memberi manfaat kepada rakyat yang ditukar nama ialah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Sara Hidup (BSH); Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti; Permata Negara (Permata) kepada Genius dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD).

Dan terbaharu, 1Malaysia 4 Youth (iM4U) yang dikendalikan kerajaan BN dahulu dijenamakan semula kepada Impact Malaysia yang dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.

Bagi rakyat yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mereka pastinya berharap agar kerajaan dapat mengenengahkan idea-idea baharu yang lebih segar untuk manfaat rakyat, bukannya sekadar menukar nama semata-mata.

Soal pemandu, Jazaly Amry Jaafar, 33, mengapa perlu ditukar perkara baik hasil idea kerajaan terdahulu seperti Klinik 1Malaysia dan RTC, sedangkan sepatutnya ia diteruskan selain ditambah baik.

Katanya, mengambil langkah menukar nama, bukan memberi apa-apa kesan sebaliknya hanya mengundang pembaziran sahaja.

“Kalau tukar nama sekali pun, orang tetap akan ingat nama asal. Contoh Klinik 1Malaysia, orang tetap sebut Klinik 1Malaysia, jarang dengar orang sebut Klinik Komuniti..BR1M (BSH) sehingga hari ini, orang masih sebut dan ingat BR1M.

“Perkara yang baik ini orang tetap akan kenang meskipun namanya ditukar atau dimansuhkan. Kerajaan PH patut cari idea baharu yang memberi manfaat kepada rakyat,” luahnya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang juruteknik, Fadzlul Hadi Ishak, 30, berkata, tindakan PH menjenamakan semula produk kerajaan terdahulu dilihat sebagai usaha atau langkah untuk mengalih perhatian rakyat melupakan jasa serta sumbangan kerajaan BN selama ini.

“Apa yang pasti rakyat tidak akan lupa jasa kerajaan dahulu, banyak manfaat yang telah kami nikmati. Selain itu, sepanjang hampir setahun ini, saya tidak nampak lagi perkara -perkara baharu yang dicetuskan oleh kerajaan PH untuk kebaikan rakyat melainkan banyak ‘memotong’ bantuan sedia ada,” katanya.

Noorsham Kamis, 34, pula berharap agar PH membuat sesuatu yang boleh meyakinkan rakyat dan bukannya asyik menyalahkan kerajaan dahulu bagi menutup setiap kegagalan mereka, sehingga akhirnya membuatkan rakyat muak.

“Asyik salahkan kerajaan lama, tetapi akhirnya ambil juga idea dan produk mereka (BN) dengan hanya menukar nama. Walaupun tukar nama, rakyat akan ingat jasa kerajaan dahulu yang memperkenalkan RTC, BR1M dan Klinik 1Malaysia. Malah kerinduan terhadap kerajaan lama semakin menebal selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: BR1MKlinik 1Malaysiapakatan harapanpenjenamaan semula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Keputusan Penganjuran Forum Wanita Buka Tudung?

Next Post

Bayi Maut Terjatuh Dari Jeriji Tingkap Rumah Pengasuh

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

Next Post

Bayi Maut Terjatuh Dari Jeriji Tingkap Rumah Pengasuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd