• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Jemput Najib Bantu Kempen Di Sendayan

oleh
02/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantunya berkempen di PRK DUN Rantau.

Menurut Mohamad, jemputan itu khusus bagi Najib melihat sendiri pembangunan di Sendayan yang merupakan hasil jasanya sebelum ini.

“Saya jemput Najib datang ke Sendayan kerana pembangunan kawasan itu hasil buah tangan beliau menolong kerajaan negeri (BN) dengan memindahkan pengkalan Tentang Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Sendayan. Maka, kita dapat jual tanah tersebut 750 ekar untuk bayar pinjaman dan hutang-hutang.

“Jika tiada bantuan kerajaan Persekutuan sebelum ini khususnya Najib, pembangunan Sendayan tidak akan dapat dijalankan. Apa yang kita lihat sekarang dengan membantu membeli (tanah Sendayan) melalui 1MDB,” katanya.

Beliau juga tidak menganggap kes mahkamah dihadapi Najib akan memberi kesan negatif kepada kempennya.

“Kes mahkamah itu isu peribadi Najib. Saya yakin tak beri kesan negatif kepada pengundi kerana orang dah lali dengan fitnah dan tuduhan yang macam-macam.

“Ramai lagi orang melihat dan kenang jasa Najib di Negeri Sembilan,” katanya.

Ditanya mengenai PH yang masih menggunakan 1MDB sebagai modal kempen, Mohamad berkata, penduduk di Rantau tidak ambil kisah dengan isu tersebut.

“Orang Rantau tak tau pun 1MDB itu apa, bawang ke ubi kentang? Apa yang mereka kisah ialah susah nak beli barang sekarang, duit tak ada.

“Harga getah dan kelapa sawit merudum nak beli apa? BR1M yang ditunggu-tunggu telah dipotong, banyak bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dihentikan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mohamad HasanNajib Tun RazakPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abdul Hadi Dimasukkan Ke IJN Malam Tadi

Next Post

Usaha Lemahkan Tabung Haji Harus Ditentang

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

Next Post

Usaha Lemahkan Tabung Haji Harus Ditentang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd