• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Enggan Layan Dakwaan ‘Budak Bodoh’

oleh
09/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan enggan melayan dakwaan mengatakan sebuah rumah bernilai RM6 juta di Seremban 2 adalah miliknya.

Beliau sebaliknya menyifatkan dakwaan itu dibangkitkan oleh ‘budak bodoh’.

“Sila semak sama ada saya punya atau tidak (banglo di Seremban 2). Semua orang kata itu rumah saya.

“Kalau rumah saya, maka itu rumah saya, kalau bukan, itu bukan rumah saya. Saya malas (nak layan isu ini), cerita budak bodoh yang main pondok-pondok,” katanya kepada media selepas meninjau proses pengundian awal di Pangkalan Udara Sendaya di sini, hari ini.

Semalam, calon PH, Dr. S Streram meminta penjelasan Mohamad mengenai sebuah rumah banglo dengan rekaan Minangkabau yang dikatakan milik bekas Menteri Besar itu.

Gambar rumah itu mula tersebar di media sosial selepas Mohamad membuat pengakuan beliau tidak mempunyai rumah di Seremban.

Menurut Mohamad, tiada gunanya beliau mahu mencabar pihak yang membuat tuduhan mengemukakan bukti.

“Buat apa saya nak cabar mereka kemukakan bukti, biar mereka buang peluru mereka. Itu cara mereka nak memburukkan nama saya dan mengaitkan saya.

“Daripada dulu lagi mereka buat begitu, takkan saya nak jadi budak-budak, mereka main pasir saya main abu. Saya buat kerja dan tidak akan terganggu,” katanya.

Mengenai tindakan Pemuda Amanah Negeri Sembilan yang akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu RM10 juta, Mohamad berkata, mereka berhak berbuat demikian.

“Terpulanglah, tapi kes ini telah pun disiasat oleh SPRM sebelum ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mohamad HasanPRK RantauRumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM567 Juta Subsidi 58,118 Jemaah Rayuan, Pengiring

Next Post

Setiausaha Politik Ditahan, Salahuddin Nafi Ada Projek

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Next Post

Setiausaha Politik Ditahan, Salahuddin Nafi Ada Projek

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd