• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Air: Janganlah Tambah Lagi Beban Rakyat

oleh
01/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Kerajaan digesa supaya tidak melaksanakan kenaikan tarif air sebaliknya melihat kepada aspek peningkatan kecekapan sistem pembekalan air.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, peningkatan tarif air dilihat hanya akan menambah beban kepada rakyat yang sudah sedia terbeban dengan kos sara hidup tinggi.

“Cukuplah kita membebankan rakyat, janganlah ditambah, saya dulu tidak pernah ada hasrat langsung meningkatkan tarif air untuk pengguna awam, sebab rakyat sudah terbeban, susah hidup, kamu nak tambah lagi beban rakyat?

“Saya tak setuju, dulu saya cuma naikkan tarif air kepada pihak industri kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membayar tarif air, tetapi kita tidak perlu dan tidak boleh membebankan pengguna dengan meningkatkan tarif air,” katanya.

Mohamad yang juga merupakan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif air di seluruh negara secara berperingkat tahun ini, susulan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara.

Berkata selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 4 di Rantau, Xavier menambah kadar tarif baharu yang akan dibayar pengguna itu akan dapat membantu syarikat bekalan air antaranya menanggung sebahagian daripada kos operasi.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, kos operasi yang ditanggung oleh syarikat bekalan air dapat dikurangkan sekiranya kerajaan memberi tumpuan bagi meningkatkan kecekapan pembekalan air.

“Sistem pembekalan air dalam negara kita ini perlu lihat kepada kecekapannya, kita perlu tingkatkannya daripada kita terus nak bebankan rakyat. Kos tersebut boleh kita kurangkan kalau kita tingkatkan kecekapan.

“Kalau kita kurangkan kos dan tingkatkan kecekapan pembekalan air, efektif grednya lebih besar daripada jika kita naikkan tarifnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mohamad Hasantarif air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kenapa Perlu Takut Dengan Jihad?” – Ismail Sabri

Next Post

“Nak Buat Kolej, Buatlah… Jangan Cakap Saja” – Tok Mat

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

Tarif Air Melaka Naik 16 Sen Setiap Meter Padu

24/01/2024
0

Ayer Keroh: Kerajaan negeri mengumumkan purata kenaikan tarif air bagi kategori domestik di Melaka yang akan berkuat kuasa pada 1...

Next Post

"Nak Buat Kolej, Buatlah... Jangan Cakap Saja" - Tok Mat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd