• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Paling Dikehendaki Kes Tipu Kerja Kemboja Ditahan

oleh
25/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan seorang suspek yang paling dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 12.20 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak (JSJK), Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata suspek berumur 26 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis akan memohon perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Kuching esok sekiranya siasatan belum diselesaikan dalam masa 24 jam,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan bersabit lima kertas siasatan kerana menipu lima mangsa terbabit dan sebelum ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dikehendaki iaitu Lai King Loong, 31, bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Pricha Azin di talian 019-889 7640 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam pada itu, dua suspek yang ditahan pada 25 Feb lepas, iaitu seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berumur 35 tahun telah pun dibebaskan dengan jaminan polis.

Tags: Kembojapenipuan pekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd